City London buat persediaan awal Brexit

City London buat persediaan awal Brexit

LONDON, 25 Mei – Dengan tempoh referendum EU Britain hanya tinggal sebulan lagi, daerah kewangan City London sibuk membuat perancangan awal untuk “Brexit” yang berpotensi.

Firma Big City, kebanyakannya ditempatkan di bangunan pencakar langit yang menguasai latar langit London, berusaha untuk melindungi diri daripada turun naik pasaran sekiranya warga Britain memilihkan untuk “bercerai” dari Kesatuan Eropah, kata pakar.

Pemain utama seperti HSBC dan Deutsche Bank berkata mereka mungkin perlu beralih kepada aktiviti di luar negara dan Bank of England sedang meningkatkan kecairan pada minggu-minggu sekitar referendum 23 Jun untuk mengelakkan masalah kredit.

Tetapi bank-bank besar, gergasi insurans, bursa perdagangan dan firma perakaunan kebanyakannya berdiam diri dengan “toolbox” penuh sebagai langkah kontigensi.

profesor ekonomi di City University London Anastasia Nesvetailova memberitahu AFP bahawa firma-firma kewangan besar akan mendapatkan aset, mempertimbangkan mudah tunai tambahan untuk menghindari masalah tunai serta meninjau potensi semula lokasi dan mengurangkan pekerja.

Bangunan pencakar langit di City, London dilihat dari Waterloo Bridge kelmarin. Ketika referendum EU Britain tinggal sebulan lagi, daerah kewangan City sibuk membuat perancangan awal kalau-kalau “Brexit” menjadi kenyataan. – AFP
Bangunan pencakar langit di City, London dilihat dari Waterloo Bridge kelmarin. Ketika referendum EU Britain tinggal sebulan lagi, daerah kewangan City sibuk membuat perancangan awal kalau-kalau “Brexit” menjadi kenyataan. – AFP

“Alat utama dalam kotak tersebut mungkin simpanan rizab – tunai, sekuriti kualiti, cagaran – yang nilainya tidak terjejas dengan Brexit,” Nesvetailova memberitahu AFP.

“Selain meningkatkan kemapanan mereka, institusi kewangan berkomunikasi dengan pengawal selia dan menilai pelbagai risiko yang mungkin.

“Ini melibatkan perancangan senario; tekanan menguji kedudukan pembiayaan, kalis kewangan terhadap perancangan besar dan krisis kecairan berpanjangan (dan) perancangan untuk kemungkinan menempatkan semula beberapa aktiviti jauh dari London.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA