City menang di Toronto

City menang di Toronto

TORONTO, Kanada, 28 Mei (AFP) – Rembatan menerusi midfield Georbe Evans, 20, memberikan pasukan tangga kedua Liga Perdana Manchester City kemenangan 1-0 dalam aksi persahabatan ke atas Toronto FC semalam.

Keputusan itu adalah kemenangan yang layak bagi pasukan pelawat Inggeris, yang mendominasi persaingan tetapi mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Evans, yang belum membuat aksi liganya bagi City, mendapatkan hantaran dari Martin Demichelis dan melepaskan rembatan dari jarak 30 ela di sudut atas kanan gawang untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-84.

Dia memastikan pasukan Manuel Pellegrini itu, yang menamatkan musim Liga Perdana dengan enam kemenangan berturut–turut, mencatat kemenangan dalam jelajah ke Amerika Utara.

Jumaat ini mereka akan menghadapi pesaing dari Major League Soccer, Houston Dynamo, walaupun bandar Texas yang dilanda banjir akan menjejaskan perlawanan itu.

Pellegrini melibatkan pemain pasukan pertama David Silva, Yaya Toure dan Vincent Kompany bersama pemain kurang berpengalaman Dedryck Boyata, Seko Fofana dan Willy Caballero dalam barisan awalnya.

Sebelum ini, lebih 23,000 peminat di BMO Field, City menyaksikan David Silva dan Wilfried Bony dua kali hampir menjaringkan gol pada separuh masa pertama, sementara rembatan Edin Dzeko juga tersasar.