City, Moenchengladbach lepasi halangan pertama

City, Moenchengladbach lepasi halangan pertama

MANCHESTER, 25 Ogos – Manchester City dan Borussia Moenchengladbach menggunakan kelebihan di pusingan pertama bagi melepasi perlawanan play off Liga Juara-juara awal pagi hari ini manakala kelab dari Russia Rostov menewaskan Ajax 4-1 untuk buat kali pertamanya menempah tiket ke saingan peringkat kumpulan.

City akan beraksi untuk kali keenam berturut-turut dalam kejohanan elit Eropah itu selepas menewaskan Steaua Bucharest 1-0, berterima kasih kepada jaringan Fabian Delph pada minit ke-56 sekali gus melengkapkan perlawanan dengan agregat 6-0.

Penjaga gol, Joe Hart beraksi dalam perlawanan yang berkemungkinan terakhir buatnya selepas hilang posisi kebiasaannya itu di bawah jurulatih baharu, Pep Guardiola.

“Kami mempunyai pengurus terbaik yang kelab mahukan sejak dulu lagi dan dia mempunyai pandangan mengenai beberapa perkara,” kata Hart yang menerima sambutan hangat daripada penonton.

Aksi Gabriel Enache (kiri) dan Fabian Delph semasa perlawanan play off Liga Juara-juara di Stadium Etihad, Manchester, England. – AP
Aksi Gabriel Enache (kiri) dan Fabian Delph semasa perlawanan play off Liga Juara-juara di Stadium Etihad, Manchester, England. – AP

“Ini adalah sebuah tempat yang saya gemari, namun akan berlaku situasi dalam bola sepak. Kami adalah lelaki dewasa, kami perlu menghadapinya,” katanya.

City semakin hampir untuk mengikat penjaga gol dari Barcelona, Claudio Bravo yang berkemungkinan bakal menamatkan karier jangka panjang Hart di Stadium Etihad.

Guardiola mempunyai pandangan betapa Hart tidak cukup bagus dengan kakinya dan pernah memberitahu penjaga gol kebangsaan England itu yang dia boleh meninggalkan kelab.

“Biarpun dengan apa yang dicakapkan, kami sebenarnya berhadapan situasi itu sebagai seorang lelaki dan akhirnya kami akan dapat mencari penyelesaian,” kata Hart. – AP

ARTIKEL YANG SAMA