City pancing benteng Valencia

City pancing benteng Valencia

LONDON, 26 Jun (Agensi) – Pasaran perpindahan bola sepak Eropah semakin rancak dengan beberapa kelab sudah mendapatkan pemain dan beberapa lagi sedang memancing pemain idaman mereka.

Kelab Liga Perdana Inggeris Manchester City sedang menimbang kemungkinan menandatangani pemain Valencia, Nicolas Otamendi yang kini turut menjadi sasaran Manchester United.

United sudah pun menyatakan minat mendapatkan benteng tengah kelab Sepanyol itu, yang kini juga menjadi sasaran Real Madrid berikutan kedudukan bintangnya, Sergio Ramos yang masih tidak menentu.

Ramos sudah bersedia untuk bersama United tetapi bidaan itu ditolak oleh Real.

Meskipun Otamendi bukanlah pemain utama yang dicari Citizen, namun kelab itu tetap mahukan pemain berusia 27 tahun itu dan kini memantau perkembangannya.

Difahamkan, Valencia sudah mengenalpasti pemain Marseille, Nicolas Nkoulou sebagai pengganti. Otamendi bermain sebanyak 35 kali bersama Valencia dalam saingan La Liga sepanjang musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA