City perlu banyak belajar – Guardiola

City perlu banyak belajar – Guardiola

GLASGOW, Scotland, 29 Sept – Pengurus Manchester City Pep Guardiola meletakkan harapan agar pemainnya dapat belajar atas kegagalan mendapatkan kemenangan selepas sekadar seri 3-3 menentang Celtic dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan C, awal pagi tadi.

Citizens yang meletakkan sasaran untuk menyamai rekod 11 kemenangan berturut-turut Tottenham Hotspurs pada awal musim turut beraksi dengan tidak begitu baik sebelum mampu bangkit bagi menyamakan kedudukan jaringan.

“Kelab ini sudah 25, 26 tahun tidak beraksi di Eropah dan tahun lepas adalah kali pertama mereka melangkah ke suku akhir.

“Jadi ini akan menjadi satu pengajaran berguna. Saingan di Eropah amat istimewa kerana banyak pasukan yang hebat malah pasukan Celtic juga salah satunya.

“Pada perlawanan ini kami mendapat banyak peluang untuk mendapatkan kemenangan namun hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja.

Guardiola mengucapkan tahniah kepada Fernandinho selepas perlawanan tamat di Celtic Park, kelmarin. – AFP
Guardiola mengucapkan tahniah kepada Fernandinho selepas perlawanan tamat di Celtic Park, kelmarin. – AFP

“Kami mencipta tiga atau empat peluang yang amat cerah untuk menjaringkan gol namun gagal dimanfaatkan dengan baik,” kata Guardiola.

“Malangnya, tetapi itulah cara terbaik untuk belajar. Di Eropah anda tidak dapat bolos kerana mereka adalah mesin. Bila bolos dan silap mereka akan menghukum anda.

City yang memimpin liga, kembali kepada aksi domestik Ahad ini dengan menentang Tottenham Hotspur, tetapi Guardiola lebih memikirkan pertemuan dengan kelab lamanya Barcelona. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA