City perlu kekal konsisten

City perlu kekal konsisten

LONDON, 18 Nov – Satu-satunya yang orang tidak menjangkakan terhadap pasukan Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola, yang akan menentang Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini adalah permainan yang tidak konsisten.

Mereka menyimpang di antara beraksi bagus dan hambar dalam perlawanan menjelang rehat perlawanan antarabangsa baru-baru ini, setelah kemenangan 3-1 ke atas Barcelona dalam Liga Juara-Juara kemudian gagal untuk menewaskan Middlesbrough empat hari kemudian.

Keputusan seri 1-1 ke atas Middlesbrough menyaksikan City kini jatuh ke tangga ketiga, selepas hanya satu menang dalam lima perlawanan dan mereka dijangkakan akan berbuat lebih baik menentang pasukan Crystal Palace.

“Mereka sangat kuat dan mempunyai pemain sayap yang bagus, jadi mereka akan percaya mereka mampu memenangi perlawanan ini,” penyerang City, Kelechi Iheanacho ketika menjelaskan ancaman yang mampu dibuat oleh Palace.

“Kami perlu berhati-hati, hormati mereka dan menjangka ini sesuatu perlawanan yang sangat sukar.

Pasukan Pep Guardiola perlu mencari konsisten dalam permainan mereka untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lawan. – AFP
Pasukan Pep Guardiola perlu mencari konsisten dalam permainan mereka untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lawan. – AFP

“Perlawanan Crystal Palace akan selalu menjadi perlawanan istimewa buat saya kerana saya menjaringkan gol pertama saya menentang mereka dan jika saya bermain Sabtu ini, saya berharap akan menjaringkan gol lagi ke gawang pasukan itu.”

Pasukan Guardiola telah membangunkan satu kebiasaan yang dibimbangkan untuk membuat satu dominasi dalam setiap perlawanan dan tidak berupaya untuk mempertahankan gawang sendiri, melakukan hanya dua kali dalam 11 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Menewaskan Barcelona menunjukkan apa yang mereka mampu buat, namun mereka bergelut untuk menemukan permainan sebegitu saban kali.

Berita baik buat Guardiola adalah pemain-pemain antarabangsanya telah kembali dari tugas kelayakan Piala Dunia dalam keadaan sihat.

Terdapat kebimbangan ke atas penjaga gawang Claudio Bravo, yang terpaksa dikeluarkan padang ketika bermain buat Chile menentang Colombia, namun dia kembali pulih Selasa lepas apabila kemenangan 3-1 ke atas Uruguay, menyelamatkan sepakan penalti daripada Luis Suarez.

Sementara itu, Sergio Aguero mungkin mempunyai satu perkara untuk dibuktikan, setelah tidak dimainkan pada dua perlawanan kelayakan Argentina ketika menentang Brazil dan Colombia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA