City perlukan masa – Guardiola

City perlukan masa – Guardiola

LONDON, 3 Okt – Pep Guardiola memberitahu penyokong Manchester City, ia memerlukan hingga tiga tahun untuk kaedah digunakannya membuahkan hasil selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Hotspur.

City mengelak kekalahan dalam 11 perlawanan ketika Guardiola bergelar pengurus, tetapi mereka menerima peringatan kasar di White Hart Lane semalam ketika Spurs mengurangkan kedudukan pendahulu mereka dalam Liga Perdana kepada hanya satu mata.

Guardiola mengisytiharkan Spurs sebagai pasukan berpotensi untuk bergelar juara, namun menekankan – seperti diperkatakannya sebelum perlawanan – pasukannya berada di tahap berbeza dalam pembangunan mereka berbanding skuad Mauricio Pochettino.

Reaksi Guardiola ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Stoke City di Stadium White Hart Lane di London. – AP
Reaksi Guardiola ketika menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Stoke City di Stadium White Hart Lane di London. – AP

Ditanya sama ada Spurs adalah pencabar gelaran, Guardiola menjawab: “Mereka melakukannya musim lalu. Kenapa tidak? Jurulatih yang sama, pemain baharu. Dalam dua tahun, tiga tahun, pasukan saya akan jadi lebih baik.

“Perkara itu adalah normal. Dalam Liga Perdana ada banyak pasukan yang boleh melakukannya dan Tottenham adalah satu daripadanya.” Tambahnya: “Mereka adalah pasukan yang lebih baik. Kadangkala ia boleh berlaku.

“Kami bermain menentang pasukan yang sudah bersama sejak dua atau tiga tahun yang musim lalu bertarung hingga penamat untuk memenangi Liga Perdana.” – AFP