City pesta gol belasah Steaua

City pesta gol belasah Steaua

PARIS, 17 Ogos – Sergio Aguero menge-tepikan dua sepakan penalti yang terlepas untuk menjaringkan hatrik ketika Manchester City membenam Steaua Bucharest 5-0 semalam dalam perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara di Romania.

Keputusan itu bermakna jurulatih baru City, Pep Guardiola boleh menarik nafas lega ketika kelab yang disokong Abu Dhabi itu melangkah sebelah kaki dalam peringkat kumpulan.

David Silva membawa City di depan pada minit ke-13 sebelum pemain dari Argentina itu menebus kesilapan dengan gol kedua pasukan pelawat sebelum separuh masa pertama.

Pemain baru Nolito kemudian menjaringkan gol pertama City lebih awal pada separuh masa kedua dengan Aguero menjaringkan dua kali ketika pasukan Guardiola mengawal permainan menjelang perlawanan pertama di Manchester dalam tempoh lapan hari.

Penjaga gol England, Joe Hart sekali lagi diletakkan di bangku simpanan oleh Guardiola, dengan Nicolas Otamendi dan Pablo Zabaleta dimasukkan ke pertahanan City ketika pasukan separuh akhir Liga Juara-Juara tahun lepas memulakan pengembaraan Eropah.

Aguero menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas menjaringkan gol menentang Steaua Bucharest di Stadium National Arena Bucharest,  Romania, kelmarin. – AP
Aguero menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas menjaringkan gol menentang Steaua Bucharest di Stadium National Arena Bucharest, Romania, kelmarin. – AP

Raheem Sterling memenangi sepakan penalti lebih awal bagi pasukan City, seperti yang dilakukannya dalam persaingan Liga Perdana 2-1 di tempat sendiri Sabtu lalu menentang Sunderland, apabila dia dijatuhkan oleh Muniru Sulley dalam kawasan penalti.

Tetapi Aguero menyaksikan sepakan penaltinya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Steaua, Florin Nita, dengan Noltio menyudahkan peluang menerusi bola yang melantun terkena palang.

City terus menguasai pertahanan hambar pasukan tuan rumah selepas Sterling mendapatkan bola dari Alin Tosca, pemain sayap itu memberikan untuk Silva yang menewaskan Nita.

Gabriel Enache menyerahkan Aguero satu lagi peluang dari sepakan penalti dengan perlawanan hanya berbaki 20 minit apabila menjatuhkan Aleksandar Kolarov, tetapi kali ini pemain Argentina itu melepaskan sepakan yang tinggi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA