City sanggup bayar Messi 800,000 pound seminggu

City sanggup bayar Messi 800,000 pound seminggu

LONDON, 29 Nov (Agensi) – Impian Manchester City untuk memancing Lionel Messi semakin terserlah apabila pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sanggup membayar 800,000 pound seminggu kepada bintang penyerang Argentina itu supaya berpindah ke Etihad.

Media Britain, The Sun melaporkan, ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah mengadakan rundingan awal dengan City mengenai potensi perpindahannya ke Liga Perdana.

Jika persetujuan dicapai, Messi akan menikmati gaji 40 juta pound setahun.

Messi kini menerima gaji mingguan 500,000 pound di Barcelona dan kontraknya akan berakhir dua tahun lagi.

ARTIKEL YANG SAMA