City tak sepatutnya kalah – Pellegrini

City tak sepatutnya kalah – Pellegrini

MADRID, 6 Mei (AFP) – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini yang tidak mudah menerimakekalahan pasukannya menegaskan, The Citizens sepatutnya menang ke atas Real Madrid pada aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Santiago Bernabeu, Real Madrid meraih kemenangan 1-0 menerusi gol percuma yang terhasil daripada kesilapan Fernando ketika perla­wanan memasuki minit ke-20.Sehubungan itu, Pellegrini menyifatkan kemenangan yang diraih Real Madrid tidak terhasil daripada usaha mereka sendiri untuk mendapatkan gol, melainkan dibantu faktor nasib.

“City tidak patut kalah kerana Real hanya bernasib baik ketika mendapat gol percuma. Nasib tidak menyebelahi kami. Gol terhasil daripada sepakan kencang yang terkena kaki pemain kami (Fernando).

“Gol tersebut telah memberi peluang kepada Real untuk melengah-lengahkan perlawanan. Keseluruhannya, kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan tidak mempunyai peluang menambah jaringan.

“Skrip perlawanan ini (semalam) lebih kurang sama seperti perlawanan pertama. Saya tidak menyesal walaupun tewas kerana kami telah beraksi dengan baik,” ujar Pellegrini.

Menganalisa perlawanan untuk BT Sport, bekas pemain pertahanan Manchester United Rio Ferdinand berkata: “Jika anda akan keluar, anda mahu keluar dengan semua senjata yang menjulang-julang, berjuang.

Sementara penjaga gol City, Joe Hart bercakap lebih berhati-hati, selepas kegusaran yang kelihatan di wajahnya dalam satu temu bual selepas perlawanan di televisyen.

“Kami hanya tidak mempunyai lebih sedikit peluang,” kata penjaga gol England itu. “Adakah kita melakukan cukup untuk memenangi permainan? Saya tidak tahu.” Katanya yang mempamerkan kekecewaan terhadap dirinya ketika beraksi di atas padang.

Pada 29 Mei ini, Real Madrid dijadualkan menentang Atletico Madrid dalam aksi final untuk merebut trofi kejuaraan liga kelab terbaik Eropah.