City tambah derita Blues

City tambah derita Blues

MANCHESTER, United Kingdom, 17 Ogos (AFP) – Sergio Aguero, Vincent Kompany dan Fernandinho menjaringkan gol ketika Manchester City menewaskan Chelsea 3-0 semalam untuk melebarkan kelebihan lima mata ke atas juara itu dalam kedudukan Liga Perdana.

Selepas hampir menjaringkan gol beberapa kali, Aguero meraikan kepulangannya ke sebelasan utama dengan meluru ke barisan pertahanan Chelsea untuk menjaringkan gol pembukaan minit ke-31 sebelum Kompany dan Fernandinho memantapkan kemenangan mereka.

Kemenangan itu meneruskan permulaan cemerlang City musim ini berikutan kemenangan 3-0 di West Bromwich Albion dan memberikan kemenangan pertama kepada Manuel Pellegrino ke atas Jose Mourinho sejak pengurus dari Portugal itu kembali ke Chelsea pada 2013.

“Untuk memenangi 3-0 dalam dua perlawanan, satu menentang juara – kami baru saja memulakan musim tetapi penting untuk beraksi dengan cara yang kami lakukan hari ini,” Pellegrini memberitahu Sky Sports.

“Kami selalu mendominasi Chelsea. Mungkin kami seri menentang mereka tahun lepas dan sebelum ini kami tewas, tetapi selalu mendominasi Chelsea. Hari ini kami melengkapkan tugasan itu.”

Vincent Kompany (kiri) meraikan jaringan bersama David Silva semasa menentang Chelsea di Stadium Etihad semalam. – AFP
Vincent Kompany (kiri) meraikan jaringan bersama David Silva semasa menentang Chelsea di Stadium Etihad semalam. – AFP

Manchester City sekarang berada di persada liga, di atas Leicester City dan Manchester United dengan perbezaan jaringan.

Kekalahan ini melengkapkan minggu sukar Mourinho yang dikritik secara meluas kerana mencantas anggota medik Eva Carneiro dan Jon Fearn selepas keputusan seri 2-2 hujung minggu lalu menentang Swansea City.

Ini bermakna Chelsea gagal untuk memenangi satu daripada dua perlawanan pertama liga buat kali pertama sejak 1998.

Ia selalu menjadi hari yang perlu dilupakan bagi kapten pasukan yang dalam lawatan, John Terry, yang menyaksikan separuh masa kedua di bangku simpanan selepas digantikan pada separuh masa pertama. Ini adalah kali pertama Mourinho mengeluarkannya dalam 177 perlawanan liga. Mourinho membantah jaringan itu dengan menggambarkannya sebagai ‘keputusan yang palsu’.

ARTIKEL YANG SAMA