City terbantut, Southampton melonjak naik

City terbantut, Southampton melonjak naik

NORWICH, 13 Mac (AFP) – Harapan Manchester City untuk kembali bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris terbantut apabila terikat 0-0 ketika menentang Norwich di Carrow Road malam tadi.

Juara tahun 2014 itu menguasai permainan tetapi tidak mampu mencipta peluang yang berupaya menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Percubaan babak pertama oleh Sergio Aguero hampir membuahkan jaringan buat City tetapi aksi cemerlang penjaga gol Norwich, John Ruddy berjaya menyelamatkan keadaan.

Malah Norwich hampir mengejutkan pasukan pelawat menerusi penampilan pertama Patrick Ramford di akhir babak pertama, tetapi rembatannya sedikit tersasar.

Ketika City sekadar merapatkan jurang dengan pendahulu, Leicester kepada hanya sembilan mata, Norwich pula masih kekal dalam kelompok tiga tercorot dan belum selamat daripada penyingkiran.

Aksi Graziano ketika menjaringkan gol kedua mereka menentang Stoke City di Stadium Britannia. – Reuters
Aksi Graziano ketika menjaringkan gol kedua mereka menentang Stoke City di Stadium Britannia. – Reuters

Dalam perlawanan yang berlainan, Graziano Pelle menamatkan kemarau jaringan 13 perlawanan dengan menjaringkan ketika Southampton mencatatkan kemenangan 2-1 di Stoke City semalam untuk mencuri ruang dalam kelayakan Eropah dari pesaing mereka.

Pemain penyerang dari Itali itu, menjaringkan dua gol pada 30 minit pertama dan biarpun Marko Arnauovic mengurangkan jurang dan pemain gantian Southampton, Sadio Mane dilayangkan kad merah, pasukan kendalian Ronald Koeman itu bertahan untuk menghasilkan kemenangan.

Dalam menamatkan tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam persaingan Liga Perdana, Southampton melonjak di atas pasukan Stoke kendalian Mark Hughes di tangga ketujuh, tiga mata di bawah Manchester United, yang pada masa ini menghuni slot terakhir dalam Liga Europa.

Ia adalah kemenangan liga pertama bagi Southampton di Stadium Britannia sejak April 2006.

ARTIKEL YANG SAMA