City tidak akan mengalah – Pellegrini

City tidak akan mengalah – Pellegrini

WATFORD, United Kingdom, 3 Jan (AFP) – Manuel Pellegrini memberikan amaran kepada saingan Liga Perdana bahawa Manchester City bersedia dalam perebutan gelaran selepas menang di gelanggang luar Watford.

Yaya Toure dan Sergio Aguero meraih kemenangan kembali 2-1 semalam apabila Manchester City menang di tempat luar buat pertama kali sejak 12 September.

Di sebalik kesusahan perjalanan mereka pasukan Pellegrini masih tiga mata ketinggalan pasukan pendahulu liga, Arsenal.

Dan pengurus Manchester Citu berkata “kami kembali kepada bentuk kami dengan memulihkan pemain-pemain penting dan sebaik saja mereka 100 peratus boleh beraksi pasukan itu akan meningkat di setiap perlawanan.

“Kami bercadang mara permainan demi permainan, tetapi apabila memenangi satu perlawanan seperti yang kami lakukan di sini begitu banyak kepercayaan dalam pasukan.

Pemain-pemain Manchester City meraikan kemenangan mereka selepas wisel penamat dibunyikan. – Reuters
Pemain-pemain Manchester City meraikan kemenangan mereka selepas wisel penamat dibunyikan. – Reuters

“Kami tidak pernah mengalah. Adalah penting untuk menang selepas enam perlawanan dengan cara kami bermain sebelum ini. Saya sentiasa berkata pasukan ini mempunyai ciri dan tidak akan mengalah.”

“Itu adalah permainan sukar menentang pasukan yang bagus. Kami boleh mengorak langkah dari sini.”

Aguero mengalami kecederaan sepanjang musim tetapi dia telah menjadikan jumlah jaringannya kepada dua angka dengan kemenangan pada masa-masa terakhir.

Dia akan menjadi pemain penting dengan Manchester City bersaing pada empat asas. Pellegrini mengambilnya permainan demi permainan – bermula dengan perlawanan pusingan pertama Piala Capital One pada hari Rabu di Everton.

Pellegrini berkata: “Dia pemain hebat bagi kami. Dia baru kembali dengan itu dia akan meningkat dengan beberapa permainan.