City tidak mahu terlalu selesa

City tidak mahu terlalu selesa

LONDON, 25 Ogos (Reuters) – Penjaga gol Manchester City Joe Hart enggan terbawa-bawa dengan permulaan cemerlang yang dilakar pasukannya pada saingan Liga Perdana sekali gus menyaksikan skuad kendalian Manuel Pellegrini itu berjaya menyamai rekod pencapaian selama 103 tahun sejak penubuhan kelab berkenaan.

Skuad Etihad itu setakat ini menang semua tiga perlawanan liga, meledak lapan gol dan tidak melepaskan sebarang jaringan.

Ia sekali gus bermakna City sudah menang sembilan perlawanan liga berturut-turut – enam dari musim lalu – dan mereka boleh memperbaiki catatan rekod berkenaan apabila melayan kunjungan Watford di Stadium Etihad, Sabtu ini.

“Kita baru memasuki musim baru tetapi kami sudah mencatat enam kemenangan sejak hujung musim lalu,” kata pemain berusia 28 tahun itu seperti yang dipetik Manchester Evening News.

Manuel Pellegrini ketika perlawanan menentang Everton minggu lepas. – Reuters
Manuel Pellegrini ketika perlawanan menentang Everton minggu lepas. – Reuters

“Memang hebat apabila dapat mencipta rekod baru tetapi kami percaya bukan itu saja rekod yang mampu kami lakukan. Kami mahu menang sembilan perlawanan berturut-turut dan itulah yang menjadi tumpuan kami sekarang.

“Musim lalu sudah tamat, kami melakukan kesilapan dan kami akan cuba untuk tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Hart mengakui pasukannya bermula dengan baik musim ini tetapi tegas mengatakan bahawa ia masih terlalu awal untuk diraikan.

“Kami bermula baik tetapi kami sedar bahawa ia tidak membawa apa-apa makna. Perjalanan masih lagi jauh,” kata pemain antarabangsa England itu.

ARTIKEL YANG SAMA