Citzens boleh menang

Citzens boleh menang

MANCHESTER, United Kingdom, 13 April (AFP) – Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini menyokong pemainnya supaya memenangi Liga Juara-Juara selepas mereka menewaskan Paris Saint-Germain untuk memasuki pusingan separuh akhir untuk kali pertamanya.

Setelah memperoleh dua gol dalam perlawanan seri 2-2 pada minggu lalu, City memasuki pusingan perlawanan di tempat sendiri semalam dalam keadaan mantap, namun hanya apabila Kevin De Bruyne menyerang dalam minit ke-76 barulah kemasukan mereka ke pusingan empat terakhir terjamin.

City menyertai Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir, dengan Barcelona dan Bayern Munich menyusuli mereka selepas memenangi pusingan pertama perlawanan mereka masing-masing, dan meskipun persaingan daripada pertandingan, Pellegrini percaya pasukannya boleh mencatat kejayaan.

Ketika ditanya sama ada City boleh memenangi kejohanan, beliau memberitahu wartawan di Stadium Etihad: “Sudah tentu kerana saya fikir ia adalah salah satu matlamat yang dicapai oleh kelab setiap tahun.

“Kami menerima banyak kritikan atas sebab-sebab berlainan, tetapi setiap tahun kami semakin meningkat. Saya yakin matlamat kelab ini adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara, tetapi memenanginya tidak bermakna projek itu sudah selesai. Mereka mahu terus meningkat setiap musim.”

Joe Hart berjabat tangan dengan Pellegrini selepas pasukan mereka menewaskan PSG pada pusingan kedua suku akhir di Stadium Etihad semalam. – AFP
Joe Hart berjabat tangan dengan Pellegrini selepas pasukan mereka menewaskan PSG pada pusingan kedua suku akhir di Stadium Etihad semalam. – AFP

Dilantik pada 2013, Pellegrini akan menyerah kepada Pep Guardiola pada akhir musim dan mungkin mendapati dirinya dalam kedudukan menentang penggantinya dalam empat perlawanan akhir, dengan syarat Bayern mengalahkan Benfica terlebih dahulu.

Namun pengurus Chile itu, yang telahpun memimpin City memenangi Piala Liga pada musim ini, berkata satu pertemuan dengan Guardiola “adalah sama” dengan pertemuan dengan mana-mana pesaing lain.

Apabila diberitahu kepadanya bahawa ia mungkin membentuk satu perlawanan menarik, dia menjawab: “Menarik untuk siapa? Media?”

PSG telahpun tanpa David Luiz dan Blaise Matuidi kerana menjalani penggantungan dan Marco Verrati menerusi kecederaan, dan jurulatih Laurent Blanc memberikan satu kejutan besar dengan menurunkan pasukannya dalam sistem 3-4-1-2 yang belum dicuba sebelum ini.