Ciuman Putera George untuk Puteri Charlotte

Ciuman Putera George untuk Puteri Charlotte

LONDON, 7 Jun (dpa) – Puteri George memberikan adik perempuannya, Puteri Charlotte, satu senyuman di bahagian dahi dalam gambar rasmi pertama anggota paling muda keluarga diraja British yang dikeluarkan oleh Istana Kensington semalam.

George, 1, memegang Charlotte di atas sofa putih dalam beberapa foto yang dikeluarkan istana melalui akaun Twitter dan dirakam ibu mereka, Kate, pada pertengahan Mei apabila puteri itu berusia kira-kira dua minggu.

“Putera George dan Puteri Charlotte bersama-sama di rumah #WelcomeToTheFamily,” demikian kapsyen yang ditulis pada gambar berkenaan.

Charlotte dilahirkan pada 2 Mei dan akan dibaptiskan pada awal Julai depan.

Gambar kombo yang dikeluarkan Istana Kensington menunjukkan Putera George memberikan ciuman ke atas dahi adiknya Puteri Charlotte.
Gambar kombo yang dikeluarkan Istana Kensington menunjukkan Putera George memberikan ciuman ke atas dahi adiknya Puteri Charlotte.

Puteri itu adalah cicit kelima Ratu Elizabeth. Puteri Charlotte berada di barisan keempat pewaris takhta, di belakang Datuknya, Putera Charles; bapanya, Putera William; dan abangnya, George.