Claude Puel jurulatih baru Southampton

Claude Puel jurulatih baru Southampton

LONDON, 1 Julai (AFP) – Southampton menamakan Claude Puel sebagai pengendalinya dengan perjanjian selama tiga tahun.

Bekas pengendali Monaco dan Nice itu dilantik bagi menggantikan Ronald Koeman, yang berhijrah ke pasukan musuh tetangga Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton awal musim panas ini.

Bekas jurulatih Aston Villa, Eric Blake dilantik sebagai penolong jurulatih Puel.

“Claude muncul terbaik dalam calon yang disenaraikan pendek. Kami bukan saja mendapat jurulatih terbaik, tetapi juga pasukan sokongan terbaik buatnya,” kata pengarah eksekutif bola sepak Southampton, Les Reed.

Puel, 54, yang membuat lebih 500 penampilan bersama Monaco ketika zaman pemain, pernah mengemudi kelab itu ke pentas akhir Liga Juara-Juara 2004, sementara pada musim lalu membimbing Nice ke tangga keempat Ligue 1.

ARTIKEL YANG SAMA