Claudio Ranieri bimbing Leicester

Claudio Ranieri bimbing Leicester

LONDON, 14 Julai (AFP) – Leicester City melantik bekas pengendali Chelsea Claudio Ranieri sebagai pengurus baharu mereka, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Ranieri membuat kejutan kembali pada saingan liga utama Inggeris selepas menjadi pilihan pemilik kelab terbabit dari Thailand bagi menggantikan Nigel Pearson yang dipecat.

“Kelab bola sepak Leicester City sukacita mengumumkan pelantikan Claudio Ranieri sebagai pengurus baharu pasukan,” umum kelab itu menerusi laman web rasmi mereka.

“Warga Itali berusia 63 tahun itu bersetuju mengikat kontrak selama tiga tahun di King Power Stadium bagi memulakan penampilan kedua dalam bidang pengurusan di EPL, selepas kejayaan membanggakan di Chelsea antara 2000 hingga 2004.”

Selepas Pearson dipecat bulan lalu berikutan kegagalan hubungannya dengan pemilik Leicester, kelab telah dikaitkan dengan ramai pengganti berprofil tinggi termasuk Martin O’Neill dan Guus Hiddink.

Ranieri menjadi pengendali baharu Leicester City menggantikan Nigel Pearson. – AFP
Ranieri menjadi pengendali baharu Leicester City menggantikan Nigel Pearson. – AFP

O’Neill dipercayai hampir bersetuju untuk kembali ke kelab lamanya pada hujung minggu, tetapi isu-isu jalan keluar daripada peranannya sebagai pengurus Republik Ireland menghalang perjanjian itu.

Bekas bos Inter Milan dan Valencia itu kemudian menjadi sasaran utama Leicester dan kepulangannya semula ke Liga Perdana cepat-cepat diluluskan.

“Saya amat gembira berada bersama kelab dengan tradisi hebat seperti Leicester City,” kata Ranieri.

“Saya telah bekerja dengan banyak kelab hebat dalam banyak liga teratas, tetapi sejak meninggalkan Chelsea saya mengimpikan satu lagi peluang untuk bekerja dalam liga terbaik di dunia.