Cleveland benam Boston 120-103

Cleveland benam Boston 120-103

LOS ANGELES, 6 Mac (AFP) – LeBron James mengetuai lapan pemain Cleveland dalam mencatatkan mata berganda dengan 28 mata semalam, dan mencapai satu lagi kejayaan sepanjang kerjayanya ketika Cavaliers membenam Boston Celtic 120-103.

James dengan penguasaan biasanya, menghasilkan 11 rebound dan lapan asis dalam tempoh 36 minit. Pada suku ketiga beliau mengatasi senarai jaringan sepanjang mata NBA dari pemain San Antonio, Tim Duncan (26, 366 mata).

James dan Duncan bertemu tiga kali dalam NBA, dengan James dari Miami Heat menewaskan Spurs pada 2013.

“Dia adalah pemain penyerang terhebat sepanjang masa, jika bukan salah satu pemain terbaik sepanjang masa,’ kata James, yang sekarang mencatatkan sekurang–kurangnya 10 mata bagi permainan ke 700 berturut–turut musim ini iaitu ketiga terpanjang dalam sejarah NBA.

James (tengah) ketika bersaing dengan Avery Bradley dan Amir Johnson pada suku kedua di Arena Quicken Loans. Cleveland mencapai satu lagi kejayaan sepanjang kerjayanya ketika Cavaliers membenam Boston Celtic 120-103.
James (tengah) ketika bersaing dengan Avery Bradley dan Amir Johnson pada suku kedua di Arena Quicken Loans. Cleveland mencapai satu lagi kejayaan sepanjang kerjayanya ketika Cavaliers membenam Boston Celtic 120-103.

“Saya mendapatkan pelbagai cerita yang berbeza dan banyak perkara dan keadaan yang dikaitkan kepadanya. Walaupun dia hanya beberapa tahun lebih tua daripada saya, kami hanya terus berhubung.

“Saya hanya memikirkan apa yang dilakukannya bagi liga ini. Anda melihat kepada pemain seperti itu dan ia seperti meletakkan anda kembali di tempat.”

Kyrie Irving menjaringkan 20 mata, Iman Shumpert mencatatkan 16 rebound dengan 12 mata dari bangku, dan J.R. Smith menghasilkan 14 mata di atas empat three-pointer.