Cleveland benam Orlando 117-102

Cleveland benam Orlando 117-102

LOS ANGELES, 6 Okt – LeBron James dan Cleveland Cavaliers melihat setiap sudut juara NBA semalam, memulakan persaingan pra musim dengan kemenangan 117-102 ke atas Orlando Magic.

Pasukan Cavaliers mendahului sehingga 31 mata, walaupun dengan Kyrie Irving berehat, Cavaliers merehatkan pemain pengawal bintang mereka selepas membantu pasukan AS memenangi pingat emas Olimpik di Rio de Janeiro.

“Beraksi, memenangi kejuaraan dan kemudian beraksi musim panas ini di Brazil, memenangi pingat emas, kami memikirkan (ia) terlalu banyak haus dan lusuh di badannya, terutamanya dalam playoff apabila dia beraksi 38 atau 39 minit setiap satu permainan,’ kata jurulatih Tyronn Lue.

“Bagi pra musim, kami mahu dia merehatkan kakinya, membawanya bersama secara perlahan dan meningkatkan ketika musim diteruskan, tetapi kami tidak mahu dia untuk kehausan, meletakkannya kepada kedudukan di mana tubuhnya merasa sakit atau keadaan berbeza di mana sesuatu terjejas.”

James, yang beraksi selepas mendapatkan Anugerah NBA Finals Most Valuable Player ketiganya, selepas menerajui Cavs ke atas Golden State Warriors dalam siri kejohanan musim lalu, menjaringkan tujuh mata di atas tiga dari empat lontaran dengan enam asis dalam masa 13 minit.

“Ia adalah seronok untuk kembali di luar sana,” kata James. Kevin Love menambah lapan mata dan empat rebounds pada minit ke 13. James dan Love satu–satunya pemula dari mereka yang membuka tujuh perlawanan dari NBA Finals menentang Golden State. – AFP