Cleveland dahului Eastern Conference

Cleveland dahului Eastern Conference

LOS ANGELES, 3 Mei (AFP) – LeBron James membuka persaingan ketika Cleveland Cavaliers akhirnya berjaya mematahkan saingan dari Atlanta Hawks untuk kemenangan 104-93 dan mendahului 1-0 dalam playoff separuh akhir Eastern Conference semalam.

James menjaringkan 25 mata dan hadir dengan dua jaringan besar pada suku keempat bagi membantu Cavaliers merampas inisiatif lebih awal dalam persaingan best of seven di Quicken Loans Arena, Cleveland.

Kyrie Irving menambah 21 mata dengan lapan asis dan satu rebound ketika Cavaliers dengan rehat yang mencukupi mendominasi pesaing Atlanta.

Pasukan Cav mendapatkan kelebihan setelah rehat lebih dari seminggu selepas menamatkan 4-0 terhadap Detroit Pistons pada pusingan pertama.

Aksi LeBron memasukan bola ketika separuh masa kedua separuh akhir Eastern Conference semalam. Cleveland berjaya menewaskan Atlanta dengan kemenangan 104-93. - AFP
Aksi LeBron memasukan bola ketika separuh masa kedua separuh akhir Eastern Conference semalam. Cleveland berjaya menewaskan Atlanta dengan kemenangan 104-93. – AFP

James yang berpuas hati menggambarkan Cleveland mendapatkan kelebihan dari rehat selama lapan hari menentang pasukan Atlanta yang beraksi dalam enam perlawanan oleh Boston Celtics pada pusingan sebelumnya.

“Pujian kepada Atlanta Hawks, mereka membawanya hari ini,’ kata James.

“Jelas, anda boleh memberitahu mereka melalui siri yang lebih panjang berbanding kami.

“Kami melakukan lebih baik ketika musim berterusan tetapi ia adalah permulaan yang hebat dalam siri ini.”

James sementara itu gembira dengan sumbangannya sendiri kepada kejayaan tersebut.

“Saya perlu melakukan beberapa aksi bagi pasukan ini. Mereka melihat saya sebagai ketua pasukan ini pada setiap malam.”

ARTIKEL YANG SAMA