Cleveland hampiri gelanggang akhir

Cleveland hampiri gelanggang akhir

WASHINGTON, 20 Mei (AFP) – Dengan Le Bron menghasilkan satu lagi permainan menarik, Cleveland Cavaliers menewaskan Toronto 108-89 semalam, melanjutkan rekod playoff mereka kepada 10-0 dan menghampiri untuk kembali ke peringkat akhir NBA.

James menjaringkan 23 mata, mencatatkan 11 rebounds dan menyerahkan 11 asis ketika tuan rumah Cavaliers, yang memenangi dua pusingan playoff pertama, mendahului 2-0 dalam persaingan Eastern Conference best of seven dengan perlawanan ketiga esok di Toronto.

“Kami berada dalam keseimbangan, mesin yang lancar,’ kata James. “Anda perlu melakukan beberapa perkara bergantung ke atas bagaimana keadaan siri itu dan perlawanan pergi dan kami mampu melakukannya.”

Kyrie Irving menjaringkan 26 mata dan Kevin Love menambah 19 bagi Cleveland, yang persaingannya adalah ketinggalan satu dari rekod permulaan playoff NBA dengan 11-0 yang dicapai oleh Los Angeles Lakers pada 1989 dan 2001.

“Ia selalu sukar untuk berdepan dengan saya,’ kata pemain NBA Most Valuabel Players, James.

Aksi kedua-dua pemain ketika bersaing dalam separuh masa pertama pada permainan akhir Eastern Conference di Loans Arena Quicken di Cleveland, Ohio, semalam. – AFP
Aksi kedua-dua pemain ketika bersaing dalam separuh masa pertama pada permainan akhir Eastern Conference di Loans Arena Quicken di Cleveland, Ohio, semalam. – AFP

“Ia menambah walaupun apabila anda memiliki dua pemain all-star dengan anda menguasai setiap posisi.

Mereka berada dalam rentak yang menarik, saya boleh melakukan perkara lain bagi membantu kami memenanginya.”

“Ini adalah yang terbaik saya rasakan seketika. Apabila anda memiliki dua pemain seperti ini untuk membantu anda, ia akan mengurangkan banyak perkara dari anda.”

Cavaliers mencatatkan dua kemenangan dari menghadapi juara Western Conference, sama ada Oklahoma City atau juara bertahan NBA, Golden State, dalam peringkat akhir NBA yang bermula pada 2 Jun.

Cleveland tewas kepada Golden State dalam NBA Final tahun lepas, tetapi Love tidak beraksi kerana kecederaan dan Irving terpaksa keluar dengan kecederaan pada perlawanan pertama.

“Kami hanya melakukan tugasan yang bagus dengan membantu sesama sendiri,’ kata Irving. ‘Kami terlepas peluang kami tahun lepas dan kami mahu untuk mencatatkan kejayaan ketika ini.”

ARTIKEL YANG SAMA