Clint Dempsey digantung dua tahun

Clint Dempsey digantung dua tahun

SEATTLE, 26 Jun ( AFP) – Penyerang antarabangsa Amerika Syarikat (AS) dan kelab Seattle, Clint Dempsey dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai Piala Terbuka AS selain denda kedua, berikutan tindakannya ke atas pengadil minggu lalu.

Hukuman itu yang diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak AS (USSF) adalah sebagai tambahan kepada penggantungan sebanyak tiga perlawanan liga dan denda yang buat oleh Liga Utama Bola Sepak (MLS) sebelum ini.

Hukuman kedua terhadap bekas penyerang Fulham and Tottenham Hotspur yang dikenakan oleh panel disiplin dan pengadilan Piala Terbuka AS itu merangkumi enam aksi trofi berkenaan.

Susulan itu, sekiranya skuad Sounders ini tewas dalam aksi mereka setiap tahun, hukuman itu akan berterusan sehingga 2021.

Dempsey dikenakan hukuman itu selepas melawan pengadil pada 16 Jun lalu, ketika kelab diwakilinya itu tewas kepada Portland.

Dempsey dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana mengoyakkan buku nota pengadil minggu lalu. – Reuters
Dempsey dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana mengoyakkan buku nota pengadil minggu lalu. – Reuters

Pemain itu merampas buku nota pegawai perlawanan berkenaan dan mengoyakkannya selepas rakan sepasukannya di kenakan kad merah. USSF memberitahu, Dempsey bagaimanapun mempunyai hak untuk membuat rayuan.

Panel disiplin Piala Terbuka yang hanya mempunyai bidang kuasa ke atas perlawanan sendiri, mengenakan larangan enam perlawanan atau dua kejohanan yang akan datang, yang mana lebih, dan mendenda pemain berusia 32 tahun dalam jumlah yang tidak didedahkan.

Dempsey telah dikenakan tiga larangan permainan global minggu lepas oleh Major League Soccer (MLS) berikutan kejadian 16 Jun dalam perlawanan antara Sounders dan Timbers Portland.

Tetapi bintang penyerang itu sudah pun terlepas dua daripada perlawanan itu, tewas 2-0 kepada San Jose Sabtu lepas dan tewas 1-0 kepada Philadelphia semalam.