Clinton dahului Trump jawatan presiden

Clinton dahului Trump jawatan presiden

NEW YORK, 29 Jun (Agensi) – Calon presiden Demokrat, Hillary Clinton, mendahului 11 mata berbanding pencabarnya dari parti Republikan, Donald Trump, menurut satu tinjauan dalam penurunan kecil sejak lewat minggu lalu.

Tinjauan pada 24 hingga 28 Jun menunjukkan 45.3 peratus rakyat Amerika Syarikat menyokong Clinton manakala 34.1 peratus lagi memihak kepada Trump manakala 20.5 peratus tidak menyebelahi sesiapa.

Clinton mendahului dengan 14 mata pada Jumaat, walaupun secara umum meluaskan jurang dengan hartawan New York itu sejak pertengahan Mei, apabila kedua-duanya hampir terikat.

Kedudukan bekas Setiausaha Negara dan bekas Wanita Pertama itu semakin kukuh dengan sokongan tokoh berpengaruh Republikan termasuk bekas Bendahari ketika pemerintahan George W Bush, Henry Paulson.

Clinton mendahului 11 mata daripada Donald Trump, menurut tinjauan Reuters/Ipsos, penurunan kecil sejak lewat minggu lalu. - AFP
Clinton mendahului 11 mata daripada Donald Trump, menurut tinjauan Reuters/Ipsos, penurunan kecil sejak lewat minggu lalu. – AFP

Saingannya dalam Demokrat, Bernie Sanders, minggu lalu berkata, beliau akan mengundi Clinton untuk menghalang Trump walaupun pasukan kempennya berkata ia bukan sokongan rasmi.

Clinton terpaksa bergelut untuk meraih sokongan penyokong Sanders selepas kempen pencalonannya. Pengkritik mengecam cara beliau mengendalikan e-mel dan serangan ke atas misi Amerika di Libya pada 2012 ketika beliau menjadi Setiausaha Negara.

ARTIKEL YANG SAMA