Clinton dibidas guna server persendirian

Clinton dibidas guna server persendirian

WASHINGTON, 1 Sept (AFP) – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam telah mengeluarkan lebih 4,000 lagi e-mel bekas setiausaha negara Hillary Clinton yang disimpan di server persendirian dan mendedahkan bahawa kira-kira 150 lagi telah dikelaskan sebagai sulit.

Para pemberita dan pesaing-pesaing Clinton, ketika Clinton berkempen bagi pencalonan presiden Demokratik 2016 mula meneliti 7,000 muka surat tambahan mesej dari e-mel yang telah Clinton serahkan awal tahun ini selepas dibidas kerana mengendali server tidak rasmi.

Tetapi mungkin bahaya lebih besar bagi Clinton, tanpa bukti muncul segera ketika pencarian bermula, ada dalam e-mel yang menurut para pegawai kini dilihat status keselamatan e-mel itu dinaikkan taraf kepada ‘sulit’ atau lebih tinggi lagi, yang menandakan ia seharusnya tidak dihantar.

“Saya rasa ia kira-kira 150,” jurucakap Jabatan Negara Mark Toner memberitahu para pemberita, dengan menambah kata proses penilaian semula e-mel lain yang masih belum dikeluarkan masih diteruskan.

Bulan lalu para pegawai berkata 63 lagi e-mel juga ‘dinaikkan taraf dalam beberapa bentuk. Clinton dikritik kerana menggunakan server persendirian dan bukannya domain kerajaan rasmi bagi semua e-melnya ketika dia bertugas di Jabatan Negara.

Gambar fail calon presiden demokratik, Hillary Clinton bercakap semasa sidang akhbar di Kolej Komuniti Kawasan Des Moines di Ankeny, Iowa pada 26 Ogos. – Reuters
Gambar fail calon presiden demokratik, Hillary Clinton bercakap semasa sidang akhbar di Kolej Komuniti Kawasan Des Moines di Ankeny, Iowa pada 26 Ogos. – Reuters

Pengkritik-pengkritik mengatakan dia menggunakan server yang dipanggil ‘server buatan sendiri’ yang secara fizikal terletak pada penyedia Internet persendirian – untuk mengelak pengawasan rapi politik ketika dia menjadi diplomat tertinggi AS.

Mereka juga mendakwa dia meletakkan keselamatan kebangsaan dalam risiko dengan mengeluarkan maklumat sulit daripada sistem kerajaan yang terjamin dan meletakkannya ke rangkaian tidak dibenarkan yang boleh diburu penggodam.

Clinton, bagi pihaknya, menegaskan tidak satu pun e-mel pada server persendirian secara rasmi ditandakan ‘sulit’ mahupun ditandai lebih tinggi seperti ‘Rahsia Besar’.

Jika penyiasatan mendedahkan bahawa maklumat sulit atau rahsia dikongsi di rangkaian tidak selamat atau dengan individu tanpa kebenaran keselamatan, Clinton atau kakitangannya boleh berdepan akibat di sisi undang-undang.

ARTIKEL YANG SAMA