Clinton didiagnosis radang paru-paru

Clinton didiagnosis radang paru-paru

NEW YORK, 12 Sept – Hillary Clinton membatalkan lawatannya ke California bagi kutipan dana selepas didiagnosis penyakit radang paru-paru dan jatuh sakit semalam pada acara 11 September, yang membaharui spekulasi tentang kesihatan calon presiden Demokratik itu dengan hanya tinggal lapan minggu lagi menjelang Hari Pilihan Raya.

“Clinton tidak akan pergi ke California esok atau Selasa,” jurucakap Nick Merrill berkata, beberapa jam selepas calon berusia 68 tahun itu tiba-tiba meninggalkan memorial Ground Zero di New York kerana mengalami penyahhidratan.

Kejadian itu, di mana Clinton kelihatan berjalan terhuyung-hayang dan terjatuh apabila dia terpaksa dibantu untuk memasuki kenderaannya, memberikan peluang baru bagi Donald Trump, calon Republikan untuk membidas saingannya itu dengan tinggal 15 hari lagi sebelum perdebatan pilihan raya presiden pertama mereka yang memberi tekanan tinggi.

Hillary Clinton melambai selepas meninggalkan bangunan pangsapuri di New York, kelmarin. – AP
Hillary Clinton melambai selepas meninggalkan bangunan pangsapuri di New York, kelmarin. – AP

Clinton berusaha bangkit dari kesilapan besarnya Jumaat lalu, apabila dia memberitahu para penderma bahawa separuh para penyokong Trump adalah dari ‘bakul buruk’.

Bekas setiausaha negara itu menghabiskan masa selama 90 minit pada acara yang diadakan di Lower Manhattan, memberi ucapan kepada beberapa anggota keluarga yang terbunuh dalam serangan ganas 15 tahun lalu, kempennya berkata dalam satu kenyataan. Clinton adalah senator AS New York pada ketika waktu serangan itu.

Kenyataan dari doktor peribadinya, Lisa Bardack mendedahkan bahawa Clinton telah didiagnosis mengalami radang paru-paru dan mengalami penyahhidratan. – AFP