Clinton hampir capai kemenangan

Clinton hampir capai kemenangan

WASHINGTON, 6 Jun – Hillary Clinton semakin hampir menjamin pencalonan presiden bagi parti Demokratik dengan kemenangan di Puerto Rico, wilayah Caribbean AS semalam.

Kemenangan itu berserta dengan kemenangan Sabtu lalu di Kepulauan Virgin AS memberikan momentum kepada Clinton menuju pilihan raya kecil negeri terakhir esok, yang mana dia berharap memastikan pencalonan.

Dengan 33 peratus undi telah dikira, Clinton mendahului dengan 59.91 peratus undi, mengatasi Bernie Sanders yang meraih 36.69 peratus, menurut para pegawai pilihan raya Puerto Rico.

Puerto Rico memberikan 67 wakil, majoriti itu akan dibahagikan antara calon-calon berdasarkan keputusan pengundian semalam. Di kepulauan Virgin, Clinton telah memenangi tujuh wakil yang diberikan.

Para pengundi di Puerto Rico dan Kepulauan Virgin boleh terlibat dalam pilihan raya kecil parti untuk memilih calon-calon presiden, tetapi tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum bulan November.

Clinton bergambar dengan penyokongnya selepas perhimpunan kempen di Sacramento City College semalam di Sacramento, California. – AFP
Clinton bergambar dengan penyokongnya selepas perhimpunan kempen di Sacramento City College semalam di Sacramento, California. – AFP

Sebelum wakil-wakil Puerto Rico diberikan, Clinton hanya kurang 60 wakil untuk menjamin pencalonan parti berhaluan kiri. Pendahuluan Clinton agak besar ke atas Sanders dalam jumlah wakil yang diperlukan untuk memenangi pencalonan parti pada konvensyen bulan Julai. Pendahuluannya semakin tidak lebar tanpa wakil parti yang digelar wakil hebat, yang boleh menyokong sesiapa saja yang mereka pilih dan setakat ini dengan ramainya menyokong Clinton.

Negeri-negeri yang akan mengadakan pilihan raya kecil ialah New Jersey, Dakota Utara dan Selatan, Montana, New Mexico dan California akan memilih wakil presiden pada esok hari dengan Clinton pasti memenangi undi mencukupi untuk meraih pencalonan.

Hanya perubahan di pihak ratusan wakil hebat sebelum konvensyen Demokrat bulan depan di Philadelphia boleh menjauhinya dari pilihan raya agung bulan November dalam bersaing dengan Donald Trump, yang dikatakan calon Republikan. – dpa