Clinton kembali hujung minggu ini

Clinton kembali hujung minggu ini

WASHINGTON, 13 Sept – Hillary Clinton semalam cuba menetapkan hadnya ketika kebimbangan masalah kesihatan melanda kempennya bagi jawatan Rumah Putih dengan meyakinkan para penyokongnya bahawa dia akan kembali berjuang minggu ini.

Clinton dijangka mendapat galakan hari ini apabila Presiden Barack Obama berkempen di Philadelpia untuk menyokong usaha Clinton bagi menggantikan beliau. Suaminya, bekas presiden Bill Clinton akan berkempen untuknya di Las Vegas pada hari Rabu.

Berdepan dengan penelitian ketat tentang kesihatannya, ahli Demokrat itu akan juga membuat pendedahan baru tentang rekod perubatan dan data, ketika pasukannya mengakui terjejas apabila gagal memaklumkan kepada pihak media dan orang awam secara terperinci mengenai keadaan Clinton pada hujung minggu lalu.

Clinton menjelaskan: “Saya berasa pening dan telah kehilangan keseimbangan selama seminit. Saya berikrar akan kembali berkempen dalam tempoh beberapa hari akan datang.”

Gambar fail bertarikh 8 September 2016 menunjukkan Hillary Clinton berucap semasa kempennya di Johnson C. Smith University, di Charlotte, North Carolina. – AP
Gambar fail bertarikh 8 September 2016 menunjukkan Hillary Clinton berucap semasa kempennya di Johnson C. Smith University, di Charlotte, North Carolina. – AP

Clinton, 68 tahun, jatuh sakit pada acara memorial 11 September di New York dan terhoyong-hayang apabila dia dibantu memasuki kenderaan yang memaksa dia mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis jangkitan pernafasan.

Kejadian itu – yang dirakamkan dalam video amatur telah memberikan laluan baru bagi saingannya dari parti Republikan, Donald Trump, 70 tahun, untuk mempersoalkan kesesuaiannya bagi jawatan tertinggi itu ketika persaingan semakin hangat dengan hanya tinggal lapan minggu lagi sehingga Hari Pilihan raya.

“Tiada keadaan lain yang didedahkan. Penyakit radang paru-paru adalah takatnya,” jurucakap Clinton Brian Fallon memberitahu MSNBC.

Di CNN, Clinton pada awalnya berkata dia telah “dua kali” mengalami penyahhidratan dan merasa pening dalam tempoh lima tahun lalu, kemudian berkata “beberapa kali.” – AFP