Clinton kesal atas tindakannya

Clinton kesal atas tindakannya

WASHINGTON, 11 Sept – Calon presiden Demokratik Hillary Clinton berkata semalam kesal memanggil separuh daripada penyokong Donald Trump “amat buruk,” – kata-kata yang dikecam oleh calon Republikan sebagai “kesilapan paling teruk beliau dalam musim politik.”

Bekas setiausaha negara itu dikecam selepas memberitahu pengumpul wang New York pada malam Jumaat: “Secara umum, anda boleh meletak separuh daripada penyokong Trump dalam apa yang saya namakan sebagai bakul yang amat buruk.”

“Orang yang bersifat perkauman, orang yang mempunyai prasangka terhadap homoseksual, xenophobia, Islamofobia – anda namakannya. Dan malangnya terdapat orang macam itu. Dan dia telah mengangkat mereka.”

“Bakul yang Amat Buruk” dengan segera menjadi hashtag trend di Twitter, dengan pengguna meluahkan kemarahan mereka pada Clinton.

Hillary Clinton semasa Majlis Malam Gala Hillary di Cipriani Club, New York, Jumaat lalu. – AP
Hillary Clinton semasa Majlis Malam Gala Hillary di Cipriani Club, New York, Jumaat lalu. – AP

Terdapat akaun olok-olok bergelar “Bakul Hillary”, dengan pemegang @TheDeplorables, mengejek bekas wanita pertama dan senator AS itu.

Dengan kurang dua bulan sebelum hari pilihan raya, dan persaingan masih sengit, Clinton menarik balik kata-kata beliau semalam. – AFP