Clinton label Trump merbahaya

Clinton label Trump merbahaya

SAN DIEGO, 3 Jun – Calon presiden AS Hillary Clinton semalam membidas bakal saingannya dalam pilihan raya Donald Trump seperti tidak sebelumnya dengan mengatakan dasar luarnya begitu berbahaya dan melabel Trump tidak layak bagi jawatan presiden.

“Kerana pembawaannya dia tidak layak untuk memegang jawatan yang memerlukan pengetahuan, kestabilan dan tanggung jawab yang sangat besar,” kata Clinton yang memulakan retorik dalam musim pilihan raya yang sudah pun begitu sengit.

“Ini bukanlah seseorang yang seharusnya mempunyai kod nuklear.”

Rakyat Amerika akan keluar mengundi pada 8 November untuk melantik presiden baru, menggantikan Barack Obama yang meletak jawatan selepas lapan tahun dalam kepimpinannya.

Clinton dan Trump diyakini calon parti Demokratik dan Republikan.

Hillary Clinton semasa menyampaikan ucap tamanya mengenai keselamatan negara di San Diego, California Khamis lalu. – AFP
Hillary Clinton semasa menyampaikan ucap tamanya mengenai keselamatan negara di San Diego, California Khamis lalu. – AFP

Clinton yang pernah menjadi setiausaha negara, wanita pertama dan Senator AS bersaing untuk menjadi presiden wanita pertama dalam sejarah 239 tahun Amerika. Trump berucap pada perhimpunan di San Jose, California pada malam semalam, mengejek ucapan pihak Demokrat.

“Menyedihkan. Sedih melihat. Dia berada di situ, sepatutnya berucap tentang dasar luar, tetapi itu adalah ucapan politik, tidak ada kena mengena dengan dasar luar.”

Selebriti kaya berpengaruh yang berusia 69 tahun itu tiba-tiba muncul di suasana politik tahun lalu, mengukuhkan kesohorannya untuk meraih liputan media dan menghantar saingan Republikan yang lebih berpengalaman.

Tetapi dalam proses itu Trump telah menolak banyak rukun utama dasar luar yang disokong oleh kedua-dua parti utama. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA