Clinton mahu menang di Kentucky

Clinton mahu menang di Kentucky

HOPKINSVILLE, AS, 17 Mei (AFP) – Pilihan raya kecil presiden di Oregon dan Kentucky hari ini akan memberikan peluang kepada Hillary Clinton untuk mengukuhkan wakilnya yang hampir tidak dapat diatasi, ke atas saingan Demokratiknya, Bernie Sanders, yang telah berikrar akan bertungkus-lumus walaupun tipis.

Sanders mencuba untuk meraih kemenangan di Negeri Bluegrass, membina kemenangan minggu lalu di negeri jiran, West Virginia ketika dia berusaha menghidupkan bida pencalonannya.

West Virginia dan Kentucky berkaitan dengan arang batu, seperti juga Appalachia – rantau timur AS yang kebanyakan penduduknya berkulit putih yang ramai merasakan kedinginan pemulihan suam-suam kuku dari krisis kewangan 2007-2008.

Negeri barat laut, Oregon hari ini juga mengadakan pilihan raya kecil Demokratik dan Republikan, yang mana tinjauan pendapat yang terhad menunjukkan Clinton mengatasi Sanders, bagaimanapun Sanders mendahului di Kentucky.

Clinton melihat Kentucky sebagai peluang untuk memikat demografi yang terus menerus tidak mengendahkannya: lelaki kulit putih dari kaum buruh.

Hilary Clinton kelihatan berselfie bersama penyokong-penyokongnya di Universiti Transylvania di Lexington, Kentucky. – AP
Hilary Clinton kelihatan berselfie bersama penyokong-penyokongnya di Universiti Transylvania di Lexington, Kentucky. – AP

Tidak ada calon Demokratik yang pernah menang di negeri ini sejak 1980 melainkan suaminya, Bill Clinton.

Ahad lalu bekas wanita pertama ini menunjukkan bahawa suaminya berperanan dalam pentadbirannya jika dia dipilih, dengan berjanji akan meletakkan tanggung jawab kepadanya untuk mencergaskan semula ekonomi.”

Dan ketika persinggahan di Paducah, sebuah bandar di barat daya Kentucky semalam untuk menikmati makan malam, Clinton menegaskan bahawa suaminya akan menjadi sekutunya dalam pejabat.

“Saya telah pun memberitahu suami saya jika saya cukup bernasib baik menjadi presiden dan dia adalah lelaki pertama. Saya menjangkakan dia akan bekerja untuk menambah pendapatan.”

Sanders juga melaburkan masanya di Kentucky.

Dia berada di Paducah Ahad lalu dan di Bowling Green semalam, mengadakan perhimpunan yang lebih besar – setiap perhimpunan dihadiri lebih 2,000 orang.

Clinton telah berusaha menangani penjejasan dari ulasan yang dibuat oleh Hillary pada Mac lalu, apabila dia berkata, dia menjangkakan “akan membuatkan banyak syarikat dan pelombong arang batu keluar dari perniagaan mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA