Clinton mohon maaf guna e-mel peribadi

Clinton mohon maaf guna e-mel peribadi

WASHINGTON, 9 Sept – Hillary Clinton meminta maaf semalam kerana menggunakan server e-mel persendirian ketika menjadi setiausaha negara, menggelar keputusan tersebut, yang telah membelenggu bidaan presiden Demokratik beliau, satu “kesilapan.”

Calon Demokratik yang disebut-sebut akan menang, yang menghadapi sokongan yang merosot, telah lama mengetepikan kegemparan e-mel sebagai satu kekalutan.

Namun dalam satu temu bual petang semalam, Clinton memberitahu rancangan ABC “World News Tonight” bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas episod yang berlaku, yang dikesalinya.

“Ia merupakan satu kesilapan. Saya meminta maaf. Saya bertanggungjawab,” beritahunya kepada rangkaian berita itu.

Clinton menggunakan akaun e-mel persendirian dan server rumah sebagai mengganti sistem e-mel kerajaan ketika beliau berkhidmat sebagai diplomat tertinggi dari tahun 2009 hingga 2013. Sehingga semalam, Clinton telah membantah untuk mengeluarkan satu kenyataan maaf.

“Saya pastinya berharap saya telah membuat pilihan berlainan,” kata Clinton pada minggu lalu, menambah beliau “kesal” kontroversi tersebut telah “mengelirukan” orang awam.

“Tatkala saya merenung kembali, walaupun ia dibenarkan, saya sepatutnya menggunakan dua akaun, satu untuk e-mel peribadi, satu untuk e-mel berkaitan dengan kerja,” kata Clinton semalam.

Kisah panjang e-mel telah menjejas kepopularan Clinton, dengan tinjauan Gallup yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan pemeringkatan beliau pada 41 peratus, berbanding dengan 51 peratus yang menyokongnya – tahap paling rendah sejak 1992. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA