Clinton Njie terpaksa diketepikan tiga bulan

Clinton Njie terpaksa diketepikan tiga bulan

LONDON, 24 Dis (AFP) – Penyerang Tottenham Hotspur, Clinton Njie terpaksa diketepikan selama tiga bulan selepas menjalani pembedahan lutut, kata jurulatih, Mauricio Pochesttino.

Penyerang antarabangsa Cameroon itu terpaksa dibedah selepas mengalami kecederaan ketika Spurs menewaskan Monaco dalam saingan Liga Europa, dua minggu lalu.

“Kamu tidak akan tahu kerana setiap hari ia mengenai bagaimana lulut kamu memberikan reaksi tetapi mungkin dua bulan atau kurang,” kata Pochettino.

Situasi itu menyaksikan Tottenham kini tiada pilihan di bahagian serangan dengan Harry Kane yang juga penyerang utama kelab berkenaan juga masih berehat kerana kecederaan.

Pochettino menegaskan Njie, Son Heung-Min dan Nacer Chadli boleh beraksi sebagai penyerang tetapi ketiga-tiganya lebih selesa memikul tugas beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan Spurs kini kemungkinan besar akan mencari penyerang baharu pada pintu perpindahan pemain yang akan dibuka, bulan depan.

Tottenham melonjak dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini selepas menewaskan Southampton, minggu lalu dan kemenangan ke atas Norwich City, Sabtu ini akan menyaksikan mereka naik ke tangga ketiga liga.

Bagaimanapun, Pochettino enggan mengulas mengenai kemungkinan barisan pemain mudanya mampu menjadi pencabar utama kejuaraan liga musim ini.

Orang ramai tidak sedar usaha yang kami lakukan dan bagaimana kami bekerja keras kerana kami adalah skuad paling muda dalam saingan liga.

Ada masanya mereka berhak untuk menerima pujian dengan kedudukan mereka. Mungkin pasukan lebih berhak untuk mendapat kredit dengan apa yang kami capai setakat ini.

Boleh memenangi kejuaraan liga? Dalam bola sepak semuanya tidak mustahil, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA