Clinton, Sanders berdebat hebat di Milwaukee

Clinton, Sanders berdebat hebat di Milwaukee

MILWAUKEE, 12 Feb – Calon-calon demokrat bagi jawatan presiden, Hilary Clinton dan Bernie Sanders bertelagah keras dalam satu perdebatan hari ini dalam sokongan mereka terhadap Presiden Barack Obama, dengan Sanders menuduh Clinton “memberi tamparan rendah” selepas dia membandingkan Sanders dengan Republikan.

Tatkala perlumbaan Demokrat bergerak ke negeri-negeri dengan penduduk minoriti yang ramai, kedua-kedua calon secara terbuka memikat undian warga kulit hitam dan Hispanik ketika perdebatan yang jauh lebih terkawal dan kordial berbanding perbalahan debat minggu lepas di New Hampshire.

Dalam satu pertukaran yang paling tajam malam itu, Clinton menyerang Sanders dengan kata-kata di mana dia terlalu kritikal terhadap Obama, yang begitu terkenal dengan pengundi-pengundi kulit hitam yang akan memainkan peranan penting dalam keputusan di South Carolina dan pertandingan undian-undian di tempat lain nanti.

“Kritikan yang kami dengar daripada Senator Sander mengenai presiden kita, Saya jangka ia daripada pihak Republikan, Saya tidak menjangka ia datang dari seorang calon bagi Demokrat yang akan menggantikan Presiden Obama,” kata Clinton, yang bertugas sebagai setiausaha negara ketika tempoh pertama Obama sebagai presiden.

“Madam Setiausaha, itu adalah satu tamparan rendah,” kata Sanders, senator Amerika Syarikat dari Vermont. Sanders berkata dia telah menjadi sekutu Obama dalam Senat walaupun jika dia tidak selalu bersetuju dengannya.

Hilary Clinton (kanan) dan Bernie Sanders ketika berdebat di Milwaukee. – AFP
Hilary Clinton (kanan) dan Bernie Sanders ketika berdebat di Milwaukee. – AFP

“Adakah senator-senator mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan presiden?” ujar Sanders.

Clinton, yang berpegang dengan legasi Obama, berkata Sanders telah menggelar Obama lemah dan mengecewakan, dan “itu terlalu jauh daripada mengatakan kami punyai perbezaan pendapat.”

Dengan Clinton melihat untuk pulih selepas kekalahan teruk 22 mata kepada Sanders di kawasan utama New Hampshire pada Selasa lepas, kedua-duanya juga berbeza pendapat mengenai penjagaan kesihatan dan Wall Street.

Walaupun begitu, pertukaran perdebatan hari ini tidak mungkin akan mengubah landasan perlumbaan yang telah dipergiatkan secara mendadak sejak dua minggu. Clinton menuduh Sanders mengelirukan warga AS terhadap program penjagaan kesihatannya. Dia berkata cadangannya bagi bayaran perseorangan, Medicare bagi semua pelan penjagaan kesihatan bermakna membubarkan program yang dikenali sebagai Obamacare dan mencetuskan satu lagi perjuangan politik yang sengit. – Reuters