Clinton, Sanders lalui haluan sukar

Clinton, Sanders lalui haluan sukar

NEW YORK, 8 April (AFP) – Hillary Clinton dan pencabarnya Bernie Sanders menghangatkan suasana semalam dalam persaingan Demokrat bagi Rumah Putih, bertikai tentang perdagangan dan skandal ‘Panama Papers’ sebelum pilihan raya kecil New York.

Clinton, calon yang disebut-sebut akan menang dan yang juga bekas setiausaha negara, mendahului Sanders dengan enam mata dalam purata tinjauan kebangsaan RealClear Politics tetapi kehilangan tujuh mata dari lapan pertandingan pencalonan kepada senator Vermont.

Pilihan raya kecil New York pada 10 April telah menjadi medan persaingan, yang mana Clinton perlukan kemenangan pendahuluan di negeri keduanya yang pernah memilihnya dua kali ke Senat pada tahun 2000 dan 2004.

Sanders, yang dilahirkan dan dibesarkan di Brooklyn, mesti mengasaskan momentumnya baru-baru ini dengan menang di New York dan kemudian di Pennsylvania pada 26 April untuk terus menghidupkan harapannya mendapat pencalonan Demokrat dari calon kesukaan parti, Clinton.

Hillary Clinton berkempen di luar Stadium Yankee pada Khamis lalu di kota kecil Bronx di Bandar Raya New York. – AFP
Hillary Clinton berkempen di luar Stadium Yankee pada Khamis lalu di kota kecil Bronx di Bandar Raya New York. – AFP

Senator berusia 74 tahun itu menggunakan kesempatan dari ‘Panama Papers’ yang telah dibocorkan yang mendedahkan bagaimana kumpulan ganas, kartel dadah dan negara-negara paria menyembunyikan wang dalam tempat perlindungan cukai, dengan menggabungkannya dengan sokongan Clinton bagi perjanjian perdagangan bebas Panama 2012.

“Saya tidak fikir anda layak jika kamu menyokong perjanjian perdagangan bebas Panama, sesuatu yang sangat saya bantah,” dia memberitahu perhimpunan di Philadelphia Rabu lau. Sanders menegaskan pada masa itu bahawa perjanjian perdagangan bebas akan menyukarkan lagi AS untuk bertindak ke atas tempat perlindungan cukai luar pesisir di Panama.

Clinton yang mengatakan pada persinggahan kempen bahawa dia akan menutup tempat perlindungan cukai yang sangat mengejutkan itu dan jalan keluar – jika dilantik presiden, telah membantu membawa perjanjian perdagangan ke Kongres apabila dia menjadi setiausaha negara.

Kedua-dua calon setiap dari mereka mempersoalkan sama ada antara mereka layak untuk menjadi ketua pemerintah – Clinton membuat bidasan baru semalam terhadap janji-janji radikal saingannya yang disifatkannya sendiri sosialis demokratik, yang sebilangan pihak percaya dia boleh melaksanakannya.

ARTIKEL YANG SAMA