Clinton sokong Obama, hadapi risiko pilihan raya

Clinton sokong Obama, hadapi risiko pilihan raya

WASHINGTON, 19 Jan – Hillary Clinton menjauhkan dirinya dari Presiden Barack Obama berhubung sebilangan isu-isu yang ditonjolkan sejak memulakan bidanya bagi jawatan presiden.

Kini, menerima tekanan dari pencabarnya berhaluan kiri, Bernie Sanders, Clinton menyokong Obama dan legasinya dengan penuh semangat.

Strategi itu boleh memperlihatkan masalah bagi Clinton bagi tempoh panjang ketika pihak Republikan mencari maklumat untuk memperlihatkan sebagai mewakili penggal ketiga Obama sekiranya dia memenangi pencalonan Demokratik.

Ketika dia berdepan cabaran yang tidak dijangka dari Sanders dalam negeri-negeri yang awal mengundi, langkah Clinton untuk memperlihatkan dirinya sendiri sebagai pewaris dasar-dasar Obama bertujuan mengambil hati para pengundi muda dan progresif yang menjadi sebahagian asas politik presiden.

Tetapi dia mungkin menempatkan dirinya sendiri bagi berdepan kesukaran dengan para pemilih yang bosan dengan status quo. – Reuters

Clinton menyampaikan ucapan kepada orang ramai semasa ‘King Day’ di Perhimpunan Dome, Colum-bia, Selatan Carolina. - AFP
Clinton menyampaikan ucapan kepada orang ramai semasa ‘King Day’ di Perhimpunan Dome, Colum-bia, Selatan Carolina. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA