Clinton sokong strategik IS Obama

Clinton sokong strategik IS Obama

MANCHESTER, N. H. 20 Dis (Reuters) – Calon presiden Demokratik AS yang disebut-sebut akan menang, Hillary Clinton menyokong elemen-elemen strategik Presiden Barack Obama untuk memerangi militan kumpuan Islamic State (IS), dalam perdebatan semalam yang mana Clinton bertelagah dengan saingan utamanya, Bernie Sanders berhubung keselamatan negara dan ekonomi.

Clinton dibidas oleh pihak Republikan malah sebelum perdebatan itu berakhir kerana dengan optimis mengatakan ‘kita kini akhirnya berada di situasi yang kita perlu ada’ di Syria dan telah dikritik oleh Sanders kerana terlalu cepat menggesa bagi perubahan rejim.

Perdebatan itu adalah yang pertama bagi Demokrat sejak serangan maut 2 Disember oleh pasangan suami isteri radikal beragama Islam, di San Bernardino, California, yang selain dengan serangan bulan November di Paris telah menjadikan keselamatan negara agenda utama kempen.

Pihak Republikan telah mengkritik cara Obama menangani kumpulan IS dan telah berusaha mengaitkan bekas setiausaha negara dengan apa yang mereka lihat strategi yang gagal.

Bernie Sanders dan Hillary Clinton ketawa bersama semasa rehat komersial perdebatan calon presiden di St. Anselm College di Manchester pada 19 Disember. – Reuters
Bernie Sanders dan Hillary Clinton ketawa bersama semasa rehat komersial perdebatan calon presiden di St. Anselm College di Manchester pada 19 Disember. – Reuters

Obama begitu bergantung pada serangan udara AS ke atas sasaran kumpulan IS di Syria dan Iraq dan mengarahkan pengerahan berbelas-belas tentera operasi khas ke utara Syria untuk memberi nasihat kepada pasukan pembangkang dalam perjuangan mereka menentang kumpulan IS.

Di Iraq, kira-kira 3,500 orang tentera AS memberi nasihat dan membantu pasukan tentera Iraq.

Clinton bersetuju dengan Obama tentang perlunya menggunakan pasukan khas dan pelatih, tetapi seperti presiden, dia telah berkata pengerahan besar pasukan tentera AS di Timur Tengah adalah tidak produktif.

“Kini kita akhirnya berada di tempat yang kita perlu berada. Kita mempunyai strategi dan komitmen untuk memburu ISIS,” katanya dengan menekankan resolusi Majlis Keselamatan PBB telah ‘menyatukan dunia untuk berusaha bagi peralihan politik di Syria.”

Calon presiden Republikan Jeb Bush segera memberi respons kepada Clinton di Twitter.

“Tidak, Hillary Clinton, kita tidak ‘berada di tempat yang kita perlu berada’ dalam memerangi ISIS.”