Clinton, Trump bertikam lidah

Clinton, Trump bertikam lidah

HEMPSTEAD, Amerika Syarikat (AS), 27 Sept – Hillary Clinton dan Donald Trump semalam berbalas-balas hinaan dan berbalah berhubung prinsip kedua-dua pihak, stamina dan pertimbangan, dalam debat pilihan raya presiden AS yang kerap menyaksikan Republikan tidak menonjol.

Dengan tinggal enam minggu lagi sehingga hari pilihan raya dan tinjauan pendapat menunjukkan bahang calon Demokrat, Clinton, yang berulang kali mempersoalkan kelayakan saingannya untuk memegang jawatan di Pejabat Oval.

Di hadapan penonton televisyen yang dijangkakan sehingga 100 juta orang, Clinton membayangkan orang berpengaruh dan terkenal dalam hartanah itu sebagai terlalu dingin dan sanggup mengatakan “perkara-perkara yang tidak masuk akal” supaya diundi.

“Anda hidup dalam realiti anda sendiri,” kata anggota Demokrat berusia 60 tahun, dengan menuduh Trump melancarkan karier politiknya dengan “dusta bersifat perkauman” bahawa Barack Obama bukan warga Amerika. Ketika Clinton menonjolkan pengalamannya yang mantap, memperlihatkan dirinya sendiri sebagai orang yang boleh diharap, Trump memperlihatkan dirinya sebagai penyokong populis, berkempen untuk pengundi-pengundi pekerja kolar biru yang bosan bersama ahli-ahli politik dan mahukan perubahan.

Donald Trump dan Hillary Clinton berjalan di pentas selepas debat presiden di Universiti Hofstra di Hempstead, New York, kelmarin. – AP
Donald Trump dan Hillary Clinton berjalan di pentas selepas debat presiden di Universiti Hofstra di Hempstead, New York, kelmarin. – AP

“Biar saya katakan kepada kamu, Hillary memiliki pengalaman. Namun itu adalah pengalaman yang teruk,” sindir jutawan itu, dengan menuduh bekas setiausaha negara itu, wanita pertama dan senator AS sebagai “ahli politik yang biasa. Semua kata-kata, tidak ada tindakan. Nampak baik, tetapi tidak berkesan.”

Trump, 70 tahun berdepan dengan soalan sukar tentang pertimbangannya ketika kempen 15 bulan yang memecahbelahkan yang telah membawa populisme sayap kanan kepada aliran utama politik Amerika.

Dia memulakan debat di Universiti Hofstra, New York yang begitu dinantikan dengan nada yang lebih kepada menahan diri, malah lebih kepada kenegarawan. Namun ketika bahang semakin meningkat, dia pantas membangkitkan cemuhan lisan, dengan berulang kali mencelah Clinton dan malah mempersoalkan staminanya selepas Clinton menghadapi penyakit radang paru-paru.

Jika pada mulanya mereka sama rata, Trump nampaknya semakin menjengkelkan. Dalam tinjauan kilat CNN terhadap 521 pengundi, 62 peratus menilai bahawa Clinton telah memenangi perdebatan, berbanding 27 peratus yang diraih Trump. – AFP