Clinton, Trump tingkatkan saingan

Clinton, Trump tingkatkan saingan

TAMPA, 7 Sept – Hillary Clinton dan Donald Trump, merasakan kepentingan kempen presiden, saling menyerang antara satu sama lain di pelbagai penjuru dengan cara kasar semalam ketika data baru menunjukkan saingan calon-calon semakin hangat.

Hari-hari seterusnya diteruskan dengan caci-mencaci, retorik keras dan tuduhan balas balik ketika saingan getir untuk meraih pengundi, sembilan minggu sebelum pilihan raya 8 November.

Selepas jutawan itu membuat lawatan mengejut ke Mexico minggu lalu untuk menemui Presiden Enrique Pena Nieto, Clinton berkata Trump tersentak kerana dia gagal membincangkan tuntutannya supaya Mexico membayar bagi tembok sempadan Trump.

Trump mengatasi Clinton dalam tinjauan pendapat baru CNN/ORC pada 45 peratus berbanding 43 peratus dalam kalangan pengundi, manakala tinjauan daripada NBC News terhadap pengundi berdaftar menunjukkan pendahuluan Clinton bertahan pada enam peratusan mata – 48 peratus berbanding 42 peratus. – AFP

Hillary Clinton bercakap semasa perhimpunan di University of South Florida di Tampa, kelmarin. - AP
Hillary Clinton bercakap semasa perhimpunan di University of South Florida di Tampa, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA