Clippers tempah tempat di Western Conference

Clippers tempah tempat di Western Conference

LOS ANGELES, 28 Mac (AFP) – DeAndre Jordan mencatatkan 16 mata dan 16 rebounds ketika pasukan Los Angeles Clippers menempah tempat dalam perlawanan playoff Western Conference dengan kemenangan 105-90 ke atas Denver Nuggets semalam.

Pasukan Clippers menjadi kelab dari West keempat untuk mara ke perlawanan playoff ketika mereka menggunakan kekuatan suku kedua untuk melunaskan kejayaan di depan seramai 19,000 penonton di Staples Center arena. Chris Paul menghasilkan 14 mata, sembilan asis dan enam rebound bagi Los Angeles, di mana enam pemain berjaya menghasilkan jaringan dua digit.

“Kami mula terhenti pada separuh masa kedua, kata Paul. “Apabila D.J. Augustin kembali beraksi, kami mula menyerang, mendapatkan bola dari tangannya. Dia mengawal permainan pada separuh masa pertama.”

“Dia melakukan segalanya. Pada separuh masa kedua, kami cuba untuk menjejaskan permainannya. Saya rasa ia membantu kami.”

Jamal Crawford menghasilkan 14 mata, Jeff Green dan Wesley Johnson masing –masing menambah 13 mata, dan J.J. Redick 12 mata.

Jordan meneruskan dengan tujuh dari 10 jaringan ketika pasukan Clippers mara ke playof bagi musim kelima berturut–turut. Jordan mendahului NBA dalam peratusan jaringan.

Jusuf Nurkic mengetuai Nuggets dengan 19 mata. Augustin mencatatkan 16 dari 18 mata pada separuh masa pertama sebelum Clippers memberikan persaingan dalam penguasaannya selepas rehat.