CMA CGM tawar beli NOL S’pura

CMA CGM tawar beli NOL S’pura

SINGAPURA, 7 Dis – Firma pengangkutan Perancis CMA CGM SA berkata hari ini ia telah membuat bidaan berjumlah $2.4 bilion untuk Neptune Orient Lines di Singapura (NOL) untuk berusaha untuk memantapkan kedudukannya sendiri sebagai pemimpin global dalam perkapalan kontena.

Pemerolehan tunai itu, diumumkan dalam satu fail di Bursa Saham Singapura di mana NOL disenaraikan, menilainya pada kira-kira Sg$3.4 bilion.

CMA CGM yang berpangkalan di Marseille, firma perkapalan kontena ketiga terbesar di dunia, sedang menawarkan Sg$1.30 untuk setiap saham NOL, 6.1 peratus lebih daripada harga tutup sebanyak S$1.225 pada Jumaat.

Firma pelaburan Temasek Holdings berkata ia akan menjual hampir 67 peratus saham dalam NOL, satu tindakan yang akan mencetuskan tawaran pengambilalihan mandatori untuk baki saham dalam syarikat.

Kapal kontena terbesar dunia Marco Polo kelihatan di pelabuhan Burchardkai di Hamburg, dalam gam-bar fail ini. Gergasi perkapalan Perancis, CMA CGM mendapat pembiayaan untuk pemerolehan Neptune Orient Lines (NOL) yang mempunyai nilai pasaran AS$2.2 bilion, menurut sumber rapat dengan perjan-jian itu. - Reuters
Kapal kontena terbesar dunia Marco Polo kelihatan di pelabuhan Burchardkai di Hamburg, dalam gam-bar fail ini. Gergasi perkapalan Perancis, CMA CGM mendapat pembiayaan untuk pemerolehan Neptune Orient Lines (NOL) yang mempunyai nilai pasaran AS$2.2 bilion, menurut sumber rapat dengan perjan-jian itu. – Reuters

Bagaimanapun, tawaran perlu memenuhi beberapa prasyarat, terutamanya kelulusan daripada pihak berkuasa pecah amanah, dalam tempoh satu tahun selepas pengumuman pada hari ini, kata fail.

“Kmai menyokong urus niaga ini kerana ia memberikan satu peluang kepada NOL untuk menyertai pelabur utama dengan kehadiran global yang meluas dan rekod operasi yang kukuh,” kata Tan Chong Lee, ketua pengurusan portfolio di Temasek.

Beliau berkata gabungan kedua-dua syarikat itu “akan menubuhkan sebuah syarikat perkapalan utama” di seluruh dunia.

CMA CGM berkata pemerolehan NOL akan membolehkannya “memperkukuh kedudukannya di kalangan pemimpin global dalam industri perkapalan kontena” dengan kapasiti 2.4 juta TEUs (kontena bersamaan dengan dua puluh kaki unit), saham pasaran berjumlah kira-kira 11.5 peratus, armada 563 kapal dan kadar pusing ganti gabungan berjumlah $22 bilion. – AFP