CNOOC menjangka kerugian lebih AS$1 bn

CNOOC menjangka kerugian lebih AS$1 bn

SHANGHAI, 29 Julai – Pengeluar minyak dan gas luar pesisir utama China CNOOC akan kerugian lebih daripada AS$1 bilion pada separuh tahun pertama tahun ini disebabkan harga minyak yang rendah, beritahunya kepada pemegang saham dalam satu amaran keuntungan.

Berdasarkan ‘penilaian awal’, ia menjangkakan kerugian bersih sebanyak 8.0 bilion yuan untuk enam bulan pertama, katanya dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong, berbanding dengan keuntungan bersih sebanyak 14.7 bilion yuan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ia merupakan kerugian separuh tahun pertama syarikat sejak ia memulakan perniaagan di pasaran Hong Kong pada 2000, lapor Bloomberg News.

CNOOC memetik ‘kemerosotan lanjut’ dalam harga minyak mentah atas kerugian serta peruntukan untuk aset pasir minyak di Kanada, menurut kenyataan semalam, tetapi tidak memberikan butir-butir.

Seorang lelaki berdiri di luar bangunan ibu pejabat CNOOC di Beijing pada 29 Julai. - AFP
Seorang lelaki berdiri di luar bangunan ibu pejabat CNOOC di Beijing pada 29 Julai. – AFP

CNOOC memperoleh Nexen Energy di Kanada pada tahun 2013 dengan harga AS$15 bilion.

“CNOOC membayar terlalu banyak untuk aset minyak pasir Nexen, maka mereka perlu mengurangkan nilai beberapa asetnya memandangkan harga sekarang tidak memberikan peluang kepada operasi mahal untuk mencatat keuntungan,” beritahu Tian Miao, penganalisis dengan penyelidik dasar North Square Blue Oak, kepada Bloomberg.

Saham CNOOC merosot 2.09 peratus di Hong Kong pada tengah hari pada hari ini selepas pengumuman.

Harga minyak mentah yang merosot telah menjejas firma tenaga China lain. PetroChina pada April melaporkan kerugian sebanyak 13.79 bilion yuan untuk suku pertama, mengubah keuntungan bersih sebanyak 6.15 bilion yuan dalam tempoh yang sama tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA