Coca-Cola sedia petak foto interaktif

Coca-Cola sedia petak foto interaktif

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Coca-Cola Brunei Sdn Bhd hari ini melancarkan ‘Coke Break Photo Booth Event,’ satu acara yang menyediakan petak foto interaktif bagi mencipta detik-detik menyeronokkan kepada pengguna dan penyokong mereka.

Pelancaran petak foto interaktif itu diadakan di pejabat Syarikat Perniagaan Malar Setia di Perindustrian Lambak Kanan yang disempurnakan oleh Pengurus Jualan Coca-Cola Brunei, Bon Wei Chet bersama Eksekutif Jualan Syarikat Perniagaan Malar Setia, Yong Kah Heng.

Acara ‘Coke Break Photo Booth’ ini hanya akan berlangsung pada hujung minggu bermula 24-25 September dan 1-2 Oktober 2016 pada jam 11 pagi hingga 8 malam di beberapa buah pasar raya terpilih.

Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu membeli dua botol 1 liter, 1.5 liter atau dua pek (4x330ml) bagi produk-produk yang turut serta dalam promosi ini iaitu Coca-Cola, Coca-Cola Zero, Coca-Cola Light, Sprite, A&W, Fanta, Minute Maid QOO, Minute Maid Pulpy dan Heaven and Earth Green Tea, dengan menunjukkan bukti resit pembelian ke kaunter petak foto dan merakamkan gambar polaroid di petak itu.

Yong Kah Heng (kiri), Bon Wei Chet (dua, kiri), bersama wakil-wakil semasa sidang media pelancaran ‘Coke Break Photo Booth Event’.
Yong Kah Heng (kiri), Bon Wei Chet (dua, kiri), bersama wakil-wakil semasa sidang media pelancaran ‘Coke Break Photo Booth Event’.
Bon Wei Chet (kiri) ketika bergambar di petak foto interaktif Coca-Cola.
Bon Wei Chet (kiri) ketika bergambar di petak foto interaktif Coca-Cola.

Petak foto ini akan berada di pasar raya-pasar raya seperti Jaya Hypermart Gadong, SKH Department Store Airport Mall, Hua Ho Department Store Manggis, Giant Hypermarket Rimba, Soon Lee Megamart Lambak dan SupaSave Mabohai pada 24 dan 25 September.

Manakala pada 1 dan 2 Oktober pula, petak foto ini akan berada di Hua Ho Department Store Bunut, Utama Grand Superstore Gadong, Milimewah Department Store Lambak, Pertama Jaya Department Store Lambak, Soon Lee Megamart Pandan 7 Kuala Belait, dan Jaya Hypermart Kuala Belait.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara itu, bolehlah menghubungi Yong di talian 7186433.

ARTIKEL YANG SAMA