COFCO akan beli saham peniaga komoditi di Belanda

COFCO akan beli saham peniaga komoditi di Belanda

BEIJING, 24 Ogos – Syarikat bijirin milik kerajaan China COFCO akan membeli pemegang saham minoriti dalam peniaga komoditi di Belanda Nidera dan memiliki sepenuhnya syarikat berkenaan, katanya, tatkala ia berusaha menjadi satu kuasa besar perniagaan tani.

Perjanjian COFCO untuk membeli 49 peratus Nidera, yang berniaga dalam bijirin dan kacang soya di antara komoditi perniagaan lain, dicapai dua tahun selepas ia membeli separuh daripada syarikat dengan harga AS$1.2 bilion.

Ia adalah yang terbaru dalam beberapa siri pelaburan luar negara oleh syarikat China yang ingin memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan dan minyak di ekonomi kedua terbesar dunia.

Perjanjian itu akan memberikan China kawalan yang lebih ke atas harga di pasaran bijirin dunia, serta kemudahan yang lebih ke rantau penanaman bijirin utama, seperti Latin Amerika dan Rusia. Syarat-syarat kewangan perjanjian COFCO-Nidera baru, yang sedang menunggu kelulusan daripada badan pengawas, tidak didedahkan.

“Ia mempercepat kemajuan yang telah dicatat oleh kami dalam membangunkan pemimpin global dalam industri pertanian dan produk makanan antarabangsa,” kata Matt Jansen, CEO COFCO Antarabangsa, dalam pengumuman syarikat lewat semalam.

Kekuatan Nidera, termasuk perniagaan benih dan rangkaian perniagaannya, akan membantu firma China menjadi “pemimpin global dalam industri pertanian dan produk makanan antarabangsa,” kata beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA