Colantuono dipecat Udinese

Colantuono dipecat Udinese

MILAN, 16 Mac (Reuters) – Udinese memecat ketua jurulatihnya Stefano Colantuono (gambar) dan melantik bekas bos, Luigi De Canio semalam ketika kelab Itali itu cuba mengelak daripada tersingkir ke Serie B.

Udinese, kini di tangga ke-16 Serie A, hanya mencatat satu kemenangan daripada 11 perlawanan terakhir dan sekadar empat mata di atas zon selamat berikutan kekalahan terbaru 2-1 kepada AS Roma baru-baru ini.

Pengurus Stefano Colantuono dihentikan tugas sebagai ketua jurulatih pasukan utama Udinese,” kata kelab itu dalam kenyataan di laman sesawang mereka (www.udinese.it).

Colantuono menyertai Udinese pada Julai lalu selepas dipecat sebagai pengurus Atalanta musim lalu.

De Canio, yang kembali ke kelab itu selepas 15 tahun, dilantik bagi menyelamatkan situasi parah itu bagi sembilan perlawanan terakhir kempen ini. Conte ucap selamat tinggal kepada Itali.

pg22_160317_b

Sementara itu dalam perkembangan lain, Jurulatih Itali, Antonio Conte, yang dikaitkan dengan Chelsea, akan melepaskan jawatannya selepas Euro 2016, kata Persekutuan Bola Sepak Itali semalam.

Jurulatih berusia 46 tahun yang juga bekas pengendali Juventus, mengambil alih jawatan dalam pasukan kebangsaan pada Ogos 2014 dan memastikan pasukan itu layak ke Kejohanan Eropah di Perancis.

Presiden persekutuan itu, Carlo Tavecchio memberitahu media Itali, “Antonio Conte memberitahu saya bahawa pada penghujung Kejohanan Eropah, jawatannya akan tamat. Beliau merasakan perlunya padang, latihan setiap hari dan ia sesuatu yang anda boleh fahami.”