Colombia bantah kapal perang masuk ruang udara

Colombia bantah kapal perang masuk ruang udara

BOGOTA, 14 Sept (AFP) – Colombia merancang melancarkan bantahan rasmi hari ini terhadap Venezuela kerana membenarkan kapal terbang perang menyeberangi ruang angkasa Colombia, di tengah krisis sempadan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Kementerian pertahanan Colombia berkata dua pesawat udara tentera Venezuela masuk melalui zon Alta Guajira di sempadan utara dengan Venezuela tengah hari Sabtu lalu.

Kapal-kapal terbang itu, menurutnya memasuki Colombia hampir tiga kilometer jauhnya dan kemudian terbang di ruang udara unit tentera.

Kementerian itu tidak menggambarkan jenis pesawat udara yang dikesan itu. Caracas menuduh Bogota mencipta serangan mendadak untuk merosakkan rundingan yang berpotensi antara presiden kedua-dua negara itu yang dihasratkan untuk menyelesaikan krisis diplomatik dan sempadan mereka.

“Tidak ada bukti tentang pencabulan ruang udara oleh negara jiran kami yang dikatakan itu, di sebalik ciptaan untuk menghalang rundingan presiden,” menurut Menteri Luar Venezuela Delcy Rodriguez di Twitter.

“Kami bimbang akan trend dalam kerajaan Colombia yang mencipta insiden yang tidak wujud untuk menjejaskan hubungan.”

Presiden Colombia Juan Manuel Santos berkata semalam “Saya telah mengarahkan CancillerialCol (Kementerian Luar) dan Mindefensa (Kementerian Pertahanan) untuk melancarkan bantahan rasmi esok terhadap Venezuela kerana mencabuli ruang udara kami.”

Para menteri luar Colombia dan Venezuela telah mengadakan pertemuan di Ecuador Sabtu lalu dalam usaha untuk menyelesaikan perbezaan mereka.

Sementara mereka bersetuju membaharui perhubungan diplomatik selepas duta-duta dipanggil balik, mereka gagal mencari asas sama berhubung rundingan antara presiden kedua-dua negara.

Tetapi Rodriguez berkata Maduro telah mengesahkan cadangan bagi ‘rundingan segera’ dengan Santos ‘untuk menangani penghijrahan kemanusiaan serius dari Colombia dan jenayah rentas sempadan.”

Venezuela telah menghantar pulang kira-kira 1,500 orang warga Colombia yang tinggal di Venezuela sejak krisis bermula, dan 20,000 orang lagi telah melarikan diri kerana ketakutan, menurut PBB.

ARTIKEL YANG SAMA