Colombia, FARC meterai perjanjian bersejarah

Colombia, FARC meterai perjanjian bersejarah

CARTAGENA, Colombia, 26 Sept – Presiden Colombia Juan Manuel Santos dan ketua kumpulan pemberontak FARC, Timolean, “Timochenko” Jimenez dijangka menandatangani perjanjian damai bersejarah hari ini untuk menamatkan perang lima dekad.

Kedua-dua mereka yang pernah bermusuhan itu akan menandatangani perjanjian pada satu majlis di bandar kolonial Cartagena di pantai Caribbean, menurut kerajaan.

Santos akan merasmikan acara hari itu dengan membuat penghargaan kepada tentera dan polis Colombia, diikuti dengan upacara keagamaan bagi keamanan dan perdamaian di sebuah gereja Katolik abad ke-18 di bandar lama Cartagena.

Gambar fail 5 September 2016 menunjukkan Juan Manuel Santos (kiri) berada di Bogota dan Timoleon Jimenez ‘Timochenko’ (kanan) semasa berada di Havana pada 23 September 2015. – AFP
Gambar fail 5 September 2016 menunjukkan Juan Manuel Santos (kiri) berada di Bogota dan Timoleon Jimenez ‘Timochenko’ (kanan) semasa berada di Havana pada 23 September 2015. – AFP

Para tetamu, termasuklah Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, Setiausaha Negara AS John Kerry dan beberapa orang pemimpin Amerika Latin – terutamanya Presiden Cua Raul Castro yang negaranya menjadi tuan rumah bagi rundingan damai hampir empat tahun yang telah menghasilkan perjanjian muktamad pada 24 Ogos. Seramai 2,500 hadirin telah dijemput dengan mengenakan pakaian berwarna putih.

Sebaik saja perjanjian damai ditandatangani antara kumpulan pemberontak dan kerajaan, Kesatuan Eropah (EU) akan buat tempoh sementara menggantung FARC dari senarainya sebagai pertubuhan pengganas, duta EU di Bogota, Ana Paula Zacarias, memberitahu televisyen RCN.

Kumpulan itu adalah pasti akan dikeluarkan dari senarai hitam selepas proses kaji semula selama enam bulan. Pasukan pemberontak kedua terbesar Colombia, Tentera Pembebasan Kebangsaan berhaluan kiri (ELN) bersetuju untuk menangguhkan pertempuran mereka sebelum referendum. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA