Colombia, FARC meterai perjanjian gencatan senjata

Colombia, FARC meterai perjanjian gencatan senjata

HAVANA/BOGOTA, 24 Jun (AFP) – Kerajaan Colombia dan pemberontak FARC menandatangani satu gencatan senjata dan perjanjian pelucutan senjata semalam, salah satu langkah terakhir untuk mengakhiri konflik setengah abad yang telah membunuh beratus ribu orang.

Perjanjian mengakhiri pertempuran dalam perang saudara paling lama di Latin Amerika, yang telah memisahkan negara dengan kejadian tembakan dan pengeboman di hutan dan bukit yang kaya dengan koka.

Presiden Juan Manuel Santos dan pemimpin FARC Timoleon Jimenez berjabat tangan dan senyum selepas perun-ding menandatangani perjanjian pada satu majlis di Cuba.

Perjanjian menubuhkan “gencatan senjata dua hala dan menamatkan konflik dan pelucutan senjata,” menurut teks.

“Ia adalah hari bersejarah untuk negara kami,” kata Santos dalam satu ucapan kepada pemimpin termasuk Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.

Juan Manuel Santos (kiri) dan Timoleon Jimenez (kanan) berjabat tangan sambil disaksikan oleh Presiden Cuba Raul Castro (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata di Havana semalam. – AFP
Juan Manuel Santos (kiri) dan Timoleon Jimenez (kanan) berjabat tangan sambil disaksikan oleh Presiden Cuba Raul Castro (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian gencatan senjata di Havana semalam. – AFP

“Selepas mengalami konfrontasi, kematian, serangan dan penderitaan selama lebih daripada 50 tahun, kami telah menamatkan konflik bersenjata dengan FARC.”

Pelucutan senjata akan bermula selepas majlis menandatangani perjanjian perdamaian muktamad, dijangka diadakan dalam tempoh beberapa minggu.

‘Biarlah ia menjadi hari terakhir peperangan,” kata Jimenez.

Perjanjian semalam “meninggalkan kami hampir-hampir mencapai satu perjanjian muktamad tidak lama lagi,” tambah beliau.

Perjanjian muktamad “akan membenarkan kami kembali kepada aktiviti politik sah menerusi kaedah aman dan demokratik.”