Colombia ‘ganggu’ rentak AS

Colombia ‘ganggu’ rentak AS

RIO DE JANEIRO, 10 Ogos – Pasukan bola sepak wanita Olimpik Amerika Syarikat (AS) berjaya mara ke pusingan suku akhir dengan gol penyamaan masa kecederaan pemain Colombia Catalina Usme dan kesilapan penjaga gol kontroversi Hope Solo untuk seri 2-2, kelmarin.

Sementara itu, juara dunia dua kali Jerman, Australia dan Perancis semuanya berjaya menempah tempat untuk pertemuan suku akhir Jumaat ini.

Solo telah diejek dengan teriakan ‘Zika’ di Brazil untuk posting media sosial yang menunjukkan beliau menggunakan kelambu menutup kepalanya untuk mengelak virus berkenaan di Sukan Olimpik.

Orang ramai di Manaus telah berkumpul di Arena da Amazonia menjelang perlawanan Brazil dengan Afrika Selatan lewat Selasa begitu gembira melihat Solo bolos dengan sepakan percuma Usme sehingga menyerahkan Colombia pendahuluan pada minit ke-26.

pg23_160811_olympic logo

Pemain Afrika Selatan, Jermaine Seoposenwe (tengah) melompat untuk menanduk bola ketika menentang Brazil dalam aksi Kumpulan E di stadium Arena Amazonia di Manaus, kelmarin. – AFP
Pemain Afrika Selatan, Jermaine Seoposenwe (tengah) melompat untuk menanduk bola ketika menentang Brazil dalam aksi Kumpulan E di stadium Arena Amazonia di Manaus, kelmarin. – AFP

Jurulatih AS Jill Ellis telah meninggalkan bintang Alex Morgan dan Tobin Heath di bangku simpanan dengan tiket ke suku akhir sudah terjamin, tetapi kapten Carli Lloyd memberi satu lagi sumbangan ketara sekali untuk menyamakan kedudukan selepas menjaringkan gol pada dua perlawanan pertama menentang Perancis dan New Zealand.

Percubaan Lloyd terkena palang selepas ditepis sedikit oleh Sandra Sepulveda, tetapi Crystal Dunn pantas memanfaatkan bola muntah untuk menjaringkan gol.

Mallory Pugh pula mengelecek di depan gawang AS tetapi rentak kemenangan berakhir apabila Usme meraih gol kedua pada masa kecederaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA