Colombia hampir tersingkir

Colombia hampir tersingkir

TEMUCO, Chile, 22 Jun (AFP) – Peru layak ke suku akhir Copa America semalam selepas seri 0-0 menentang Colombia yang menyaksikan nasib pesaing mereka berada dalam keadaan seimbang. Persaingan sengit Kumpulan C di Temuco bermakna Peru dan Colombia menamatkan fasa pertama dengan masing–masing empat mata dengan perbezaan jaringan yang sama.

Bagaimanapun, Peru mengesahkan kedudukan di depan Colombia berdasarkan jumlah jaringan mereka dalam perlawanan itu.

Keputusan itu bermakna peluang Colombia untuk mara ke pusingan kalah mati bergantung kepada keputusan perlawanan Brazil menentang Venezuela.

Tetapi persaingan Brazil dan Venezuela diketahui bahawa keputusan seri sudah cukup untuk membawa setiap pasukan mara ke suku akhir, yang menyaksikan Colombia akan disingkirkan.

Keputusan seri 0-0 Brazil dan Venezuela akan menyaksikan Venezuela dengan kutipan mata, perbezaan jaringan dan jaringan berbanding Colombia, tetapi mereka akan mara berdasarkan keputusan terbaik perlawanan mereka.

Jika Colombia disingkirkan mereka perlu menyalahkan diri mereka selepas persembahan hambar menentang Peru. Colombia memulakan perlawanan dengan rentak menarik, dengan penyerang Manchester United Radamel Falcao menyaksikan rembatan leretnya ditolak oleh penjaga gol Peru Pedro Gallese selepas hanya empat minit.

Colombia terus memberikan tekanan ke atas gawang Peru tetapi semua hantaran akhir atau rembatan mereka kurang tajam untuk menewaskan Gallese.

Selepas perlawanan berlarutan, pasukan Colombia yang dibarisi bintang-bintang berpangkalan di Eropah seperti James Rodriguez dari Real Madrid dan Juan Cuadrado Chelsea dilihat kekurangan idea, dikecewakan oleh persembahan kental pertahanan Peru yang diterajui Joel Sanchez dan Christian Cueva.